Mohd Hamizan dari Tamparuli pemain terbaik kontijen WBC

0
471
. Kontinjen Wildaan semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Terrence (lima dari kanan) di MSN Sabah.

KOTA KINABALU: Mohd Hamizan bin Mozes dari  Tamparuli muncul sebagai pemain terbaik kontijen Wildaan BC (WBC) Sabah dalam Kejohanan Daihatsu Astec Open 2018 yang diadakan di Kota Pontianak Kalimantan, Indonesia baru-baru ini.

Kontinjen Wildaan bergambar bersama Alan Budi Kusuma (kiri). Bryan (dua dari kiri), Burhan, Danish, Taufik (belakang), Hamizan, Vielson, Rahmat dan Qusyairi.

Meskipun memberikan tentangan, Hamizan gagal mara ke suku akhir kejohanan itu setelah tewas kepada pemain pilihan kedua kejohanan, Damas Mawardi Putra dari Kelab Candra Wijaya Jayabaya (Jakarta, Indonesia) yang baru saja kembali daripada mengikuti Kejohanan Remaja Asia 2018.

Sementara itu,  pemain lain dari WBC seperti Vielson Dean J Umbol dari Keningau, Awang Burhanuddin bin Awang Aliudin dari Putatan dan Mohd Taufik bin Amirul dari Kota Belud telah beraksi dengan baik,  namun berjaya disekat oleh pemain – pemain lawan yang rata – ratanya jauh lebih berpengalaman dalam kejohanan – kejohanan seumpama itu yang diadakan ini.

Penyertaan pemain WBC dalam kejohanan di Kalimantan itu merupakan pendedahan terbaik kepada pemain – pemain agar lebih  berpengalaman apabila beraksi di kejohanan akan datang.

Terdahulu, kontinjen WBC telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah, En.Terrance Edward Pudin, sebelum berlepas ke Indonesia.

Terrance menyokong penuh usaha dan inisiatif WBC membawa pemain – pemain Sabah menyertai kejohanan itu.

Kata – kata semangat yang dibekalkan oleh Pengarah MSN Sabah telah berjaya menaikkan lagi semangat juang para pemain yang terlibat.

Kontinjen WBC kali ini turut disertai oleh para pemain dan jurulatih WBC Sarawak.

Penyertaan WBC mendapat sambutan oleh pihak penganjur. Kontinjen WBC turut  berpeluang bergambar dengan legenda badminton Indonesia,  Alan Budi Kusuma.

Sementara itu, jurucakap WBC Cik Amy Fitriana berkata, sessi pemilihan akan diadakan daripada masa ke semasa untuk memilih para pemain WBC serta pemain – pemain bukan ahli WBC sebagai wakil ke kejohanan akan datang.

Katanya, bagi kejohanan yang baru berlangsung itu, sessi pemilihan telah diadakan pada 24hb Jun 2018 di mana Vielson (Keningau) telah berjaya terpilih untuk mengikuti kejohanan berkenaan bersama para pemain Wildaan.

Menurutnya, pendedahan berterusan para pemain dalam menimba pengalaman bermain dalam banyak kejohanan akan terus diusahakan oleh WBC.

Selain itu Kem Badminton Wildaan 2 selama sebulan juga akan diadakan semasa cuti bulan Disember ini bagi mendedahkan para pemain kepada cara latihan yang berlainan daripada cara yang sedia ada di dalam negara.

Peminat badminton di negeri ini yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut aktiviti WBC dan Kem Badminton Wildaan boleh menghubungi 0109529694 / 0109529853.-Oleh L.S Kuang/BNN