Topi Jelita terbit hasil kegigihan penulis

0
671
Kathirina dan SM Zakir Munsyi DBP dan pemenang SEA Writes Award 2012
KOTA KINABALU: Antologi Cerpen TOPI JELITA, akhirnya diterbitkan dengan kesepakatan dua puluh tiga penulis wanita seluruh Malaysia.
Menurut penyelenggaranya, Kathirina Susanna Tati, Topi Jelita bermula dengan dua puluh lima orang penulis dimana manuskrip kolektif mereka ini pernah di tolak oleh sebuah penerbitan besar.
“Kecekalan serta kesungguhan para penulis wanita yang terlibat yang  mahu merealisasikan naskhah ini terbit telah bersatu hati berkongsi kos penerbitan buku ini,” katanya.
Masmah Md Ali
Antologi ini telah dibaca dan disemak  oleh SM Zakir yang memberikan sokongan padu atas penerbitan buku ini, katanya lagi.
“Menurut SM Zakir yang menulis kata pengantarnya, cerpen-cerpen dalam antologi ini menampakkan sifat egalitarian tersendiri. Ianya merupakan satu pencapaian untuk kita menyelami kepelbagaian ragam kehidupan menerusi pengalaman yang dituangkan dalam karya penulis masing-masing.”
Karya sastera ini, bersifat imaginasi kreatif, namun ia adalah daripada realiti yang dihadapi setiap masa, kata Kathirina.
“Sudah tentu konflik dan penyelesaian pada setiap karya mampu dijadikan tauladan kerana sebarang konflik dan penyelesaian masalah berdasarkan hakikat berdasarkan pengalaman sebenar.”
Lina Mohd Lin, Norlaila Ghafar, Sitti Rahmah Ibrahim
“Berkisar dari itulah, maka judul Topi Jelita dipilih, berperanan sebagai tugas dan tanggungjawab yang tidak pernah usai selagi hayat dikandung badan. Wanita menjadi ibu, guru, kekasih dan teman karib pada anak-anak,” tambah beliau.
“Begitulah hakikat wanita yang sering mengenakan berbagai topi di atas kepala mereka, memikul bebanan tanpa banyak beralasan.”
Selain dari penulis wanita yang sudah melakar nama sebagai cerpenis, seperti Asmira Suhadis, Azridah Ps Abadi,  W.Kursiah Awang, Masmah Binti Mohd Ali dan Kathirina sendiri,  antologi ini turut menampilkan karya pertama penulis baru arwah Teratai Abadi, Norazimah Abu Bakar, Haini Karno  dan beberapa penulis baru yang sebelum ini lebih tertumpu kepada genre penulisan sajak.
Buku ini diterbitkan oleh Iris Publishing & Distributions Kota Kinabalu, dengan Harga RM30.00 senaskah. Buku ini boleh diperolehi daripada penyelenggaranya, Kathirina  di talian +60 10-983 4383.-pr/BNN