ADUN N.48 Sukau keluar UMNO

0
121
Datuk Saddi Hj Abdul Rahman
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri N,48 Sukau  Datuk Saddi Hj Abdul Rahman telah keluar daripada Parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa serta merta dan menjadi ADUN Bebas.
Beliau berkata, dia akan menjadi ADUN pembangkang bebas yang konstruktif dan menjadi penimbang tara (Check And Balance) sesuai dengan suasana politik masa kini.
“Saya menyokong mana-mana parti politik yang berasaskan parti tempatan yang memperjuangkan ISU MA63 dan tuntutan royalti minyak dan gas yang adil kepada Negeri Sabah daripada pihak kerajaan persekutuan untuk kesejahteraan rakyat sabah yang telah terlepas pandang dan diselindungkan oleh pihak kerajaan persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan akbar hari ini.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada pemimpin tertinggi parti mantan Presiden UMNO Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak dan Mantan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman atas peluang yang telah diberikan untuk mencurah bakti kepada rakyat di kawasan DUN N.48 Sukau sejak PRU-12 sehingga ke hari ini.”
“Bagi rakyat DUN N.48 Sukau, saya berharap kepada rakyat yang telah
memilih saya pada PRU-14 lalu, marilah bersama-sama saya berjuang untuk mendapatkan keadilan dari kerajaan hari ini.” katanya.
Saddi berkata dia akan menentukan masa depan politik seterusnya pada masa akan datang. -pr/BNN