SMK Pinawantai pelopor Pesta Magahau peringkat sekolah

0
1208
Pemenang MGM, Prissca Loanna Hendry ( tengah ) bersama Eizira Mosikim ( kiri) dan Dorothy Johnny (kanan)
KUDAT: Bak kata pepatah Melayu “Meluntur Buluh Biarlah Dari Rebungnya “.  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinawantai menjadi pelopor memperkenalkan Pesta Magahau Rungus di peringkat sekolah itu.
Pesta itu dijayakan menerusi kerjasama erat diantara Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) dan pengurusan sekolah itu.
Barlus Mangabis (empat dari kanan) menerima cenderamata daripada pihak sekolah setelah merasmikan Pesta Magahau SMK Pinawantai.
Pengisian acara-acara yang dipersembahkan dan dipertandingkan amat bermakna dan bukan sahaja  melibatkan para pelajar, malah  dlberjaya menarik penglibatan ibu bapa.
Antara acara-acara itu ialah Nyanyian, Gimpuhut ( pertandingan ratu cantik ) Manangon, Mongondi ( nyanyian tradisi Rungus), Minranggou ( berjalan dengan menggunakan kayu tinggi ) Mimpurung, Mintubau ( bermain gasing  & Monokon Punti ( merejam pisang menggunakan kayu) ,  Monintak Sigal ( cara-cara memakai sigal/dastar) , Tumutu ( tumbuk padi ) /Moniri ( mangatap) , Inuog Dazang dan  Miagung ( bermain alat-alat muzik tradisi Rungus untuk tarian mongiggol/Mongiggol/Sumundai ( tarian tradisi Rungus) dan lain-lain.
Presiden Persatuan Momogon Rungus Sabah (SAMORA) Dato Jelani Hamdan berkata, dengan adanya acara sambutam tersebut di peringkat sekolah,  sudah tentu  ianya memudahkan lagi generasi muda mengenali , mempelajari,memelihara dan mewarisi khazanah dan budaya suku kaum Rungus.
Katanya sebagai penghormatan, para pemenang Gimpuhut dan acara-acara lain  telah dijemput membuat persembahan di kemuncak sambutan Pesta Magahau Peringkat Negeri, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Bahagian Parti Warisan P168 Kota Marudu merangkap Ketua Penyelaras Warisan DUN Matunggong, Encik Barlus Mangabis telah merasmikan pesta itu.
Sementara itu Prissca Loanna Hendry muncul sebagai johan MItarab Gimpuhut Momogun ( MGM ) Peringkat SMK Pinawantai. Naib johan disandang oleh Eizira Mosikim dan Dorothy Johnny di tempat ketiga.
Jelani yang juga mantan Wakil Rakyat Matunggong merakamkan ucapan tahniah kepada SMK Pinawantai kerana berani membawa Pesta Magahau ke peringkat sekolah & seterusnya menjadi pelopor.-Oleh L.S.Kuang/BNN