Kerajaan Negeri digesa selesai masalah perjawatan JHEAINS

0
462
Datuk Haji Mohd.Arifin Haji Mohd.Arif
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri digesa agar meneruskan usaha menaik taraf perjawatan pegawai-pegawai di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut Datuk Haji Mohd.Arifin Haji Mohd.Arif berkata, kerajaan baharu juga perlu menyelesaikan sebahagian lagi tunggakan gaji mereka.
” Usaha juga perlu dilakukan untuk menukar lantikan imam dan pegawai dakwah dari “open vot” kepada jawatan tetap”, katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahas Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama (2018) di Persidangan DUN Sabah, hari ini.
Arifin yang juga mantan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) berkata, sejak 4 tahun lepas Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membayar RM23 juta tunggakan gaji kakitangan JHEAINS.
Katanya, ini termasukkan menyelesaikan lebih 60 peratus masalah perjawatan pegawai JHEAINS.
Beliau juga meminta agar pembinaan Institut Tahfiz Negeri Sabah (ITQAS) di Membakut yang telah dirancang oleh Kerajaan BN lalu agar diteruskan.
Menurutnya, tapak untuk ITQAS sudah dikenalpasti.
Mohd. Arifin juga mencadangkan agar kerajaan  meneruskan pembinaan tambahan bangunan pejabat JHEAINS di beberapa daerah.-Oleh L.S.Kuang/BNN