Tg Keramat sertai kejohanan badminton termahal Sarawak

0
557
Pasukan Badminton Tanjung Keramat yang menyertai kejohanan di Kuching.

KOTA KINABALU: Tanjung Keramat -Sabah menjadi pasukan tunggal negeri ini yang menyertai Kejohanan Badminton Sarawak Energy Cup 2018 yang kini berlangsung di Sentosa Sport Center, Kota Sentosa, Kuching.

Kejohanan badminton terbesar Sarawak itu yang  bermula semalam sehingga 17 September 2018 disertai sebanyak 16 buah pasukan.

Kejohanan itu yang menawarkan hadiah bernilai RM20 ribu itu dianjurkan oleh Sarawak Energy.

Ini merupakan julang kali pasukan badminton Tanjung Keramat yang berpusat di Kota Kinabalu menyertai kejohanan itu.

Jurucakap Tanjung  Keramat, Encik Awang Aliudin Jumat  berkata, pasukan badminton itu dianggotai seramai 14 orang pemain terdiri daripada gabungan pemain Sabah dan Sarawak.

“Pasukan ini dikuatkan lagi dengan beberapa orang pemain “Wildaan Academy””, tambahnya.

Menurutnya, penyertaan Tanjung Keramat dalam kejohanan itu merupakan  sebahagian daripada usaha pihaknya dalam membantu pembangunan sukan badminton di Sabah.

“Melalui pendedahan para pemain dari Sabah dalam sebarang kejohanan berprestij di dalam dan juga luar negara amat berguna dalam membantu meningkatkan prestasi dan persembahan para pemain”

“Semoga sukan badminton negara terus maju”, tegasnya.

Antara pemain Wildaan Academy yang bermain bagi pihak Pasukan Badminton Tanjung Keramat ialah Mohd Qusyairi Adiman (Ketua Wildaan Academy), Mohd Rahmat Amirul,  Mohd Hamizan Mozes, Allan Ivan Mauming, Mohd Danish Dolgani dan Dolgani B Dollah.

Jurulatih  yang mengiringi pasukan Tanjung Keramat ialah Nur Wahid Ackhanto (Indonesia )  dan Mohd Rahmat Amirul. Manakala Pengurus Pasukan ialah Amy Fitriana.-Oleh LSK/BNN