Majlis ilmu sempena Maal Hijrah 1440H

0
85
Kelihatan, Matbali menyampaikan cenderamata kepada Haji Bungsu sempena majlis itu.
MAJLIS ILMU….Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lumadan, Encik Matbali Haji Musah telah menghadiri Program Bicara Mufti sempena Sambutan Maal Hijrah 1440 H yang diadakan di Masjid Kampung Gadong, Beaufort dekat sini.

Program itu dianjurkan oleh  Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg. Gadong.

Mufti Kerajaan Negeri Sabah, SS Datuk Hj Bungsu @ Aziz Jaafar telah menyampaikan ceramah khas sempena program itu.

Sementara itu, Matbali yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sipitang terut menghadiri Program Ceramah Awal Muharam bersama Ustaz Malai Ali di Masjid Perumahan Taman Arjuna Beaufort.