Parti PRIBUMI perlu mengembangkan sayap ke Sabah – Jerry Ambuting

0
145
Datuk Jerry Ambuting Bin Mohd
Ketua Pesuruhjaya Ahli Kehormat Rela Sabah Persatuan Ahli-ahli Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Negeri Sabah

Sempena menyambut Hari Malaysia yang ke 55 tahun,  hubungan baik yang sedia terjalin di antara Kerajaan Pusat  dibawah pimpinan  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan  Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri,  Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie  Apdal dijangka bertambah baik dan kukuh sesuai dengan era kerajaan baharu.

Saya mewakili  Persatuan Ahli-ahli Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) menyokong penuh kepimpinan Ketua Menteri Sabah dan Warisan Sabah atas komitmen padunya membawa pembangunan kepada seluruh rakyat Sabah.
Kami juga menyokong Kerajaan Negeri Sabah yang membawa banyak pembaharuan dalam pentadbiran negeri demi untuk kepentingan rakyat.
Bagi memastikan politik dan pentadbiran kerajaan disokong dengan lebih kuat lagi, maka saya mencadangkan agar  *Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)* dapat melebarkan sayapnya ke Sabah untuk membantu melengkapkan  kesepaduan politik dan mengukuhkan lagi kerajaan negeri Sabah.
BERSATU yang diterajui Tun Mahathir pasti akan memberikan bekerjasama yang lebih baik untuk mengukuhkan lagi  kerajaan Warisan dengan kapasiti kekuatan Tun Mahathir sebagai tulang belakang Bersatu.
Kemasukan BERSATU ke Sabah kelak perlulah dilihat dan dianggap sebagai sahabat serumpun yang menjalin dan menghulurkan sillaturahim untuk bersama-sama membangunkan negeri Sabah secara terbuka, sebagaimana parti PKR dan  DAP yang merupakan parti dari Semenanjung Malaysia.
Marilah kita selaku rakyat Malaysia di Sabah bersama-sama merealisasikan hasrat murni ini dengan dengan mengambil semangat Hari Malaysia yang bersejarah ini.
Saya yakin, rakyat Sabah akan menyambut baik kehadiran BERSATU di Sabah kerana perjuangan BERSATU dalam membela nasib dan masa depan rakyat.
Rakyat dan pemimpin politik di Sabah perlu positif dengan kehadiran BERSATU kerana ia bukan bersaing dengan parti-parti pemerintah yang sedia ada,  sebaliknya hanya sebagai pelengkap dan penyatu kesepaduan rakyat mendokong wawasan Kerajaan Baharu.
Selamat menyambut Hari Malaysia. – Oleh Datuk Jerry Ambuting Bin Mohd

Ketua Pesuruhjaya Ahli Kehormat Rela Sabah  Persatuan Ahli-ahli Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Negeri Sabah

Pandangan dan pendapat yang dinyatakan dalam artikel ini adalah daripada pengarang asalnya dan tidak mencerminkan pandangan  dan dasar rasmi atau kedudukan Borneonews.net. Apa-apa kandungan yang dinyatakan oleh penyumbang artikel adalah pendapat mereka semata-mata.-Ketua Pengarang/BNN