Konvoi berbasikal sempena Hari Malaysia

0
45
SAMBUTAN….Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Matbali Haji Musah (tiga dari kiri) telah menyertai Konvoi Berbasikal bersama para  belia,Kanak-kanak dan pemimpin Masyarakat Kampung Kabajang, Beaufort sempena sambutan Hari Malaysia, tahun ini.
Konvoi sejauh 8 kilometer bermula dari gelanggang bola tampar Kampung Banayan ke Kg.Lawa,  Kebulu Gumarit,Sekolah Kebangsaan (SK) Kabajang dan kembali ke Kg.Banayan.
Program itu dianjurkan oleh Belia dan  Beliawanis Kampung Kabajang sempena sambutan Hari Malaysia.
Matbali dalam ucapannya memuji belia dan beliawanis Kampung Kabajang kerana menganjur aktiviti yang berfaedah itu sempena menyambut hari bersejarah itu.
Katanya, Hari Malaysia wajar disambut dan diperingati oleh rakyat negeri ini yang sayang dan cintakan negara Malaysia tanpa dibatasi oleh apa juga fahaman politik.
Hadir sama di majlis itu ialah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Sipitang, Encik Jusli Haji Olim dan Mohd Fauzi Haji Salleh, Pengerusi Penganjur, Encik Mahumut Haji Binleh dan masyarakat setempat.-Oleh LSK/BNN