Surat tertular tidak berkaitan dengan saya-Hajiji

0
337

KOTA KINABALU: Mantan pemimpin UMNO Sabah tidak ada kaitan langsung dengan berita dan satu gambar mengandungi surat yang menular di media-media sosial yang mendakwa ianya surat sulit dari mantan pengerusi UMNO Sabah, Datuk Hajiji Haji Noor.

“Berita dan gambar mengandungi surat yang menular di media-media sosial terutama di sabahpost.net dan borneochanel.blogspot.com itu tidak ada kaitan dengan saya,” tegasnya.

Dalam satu kenyataan akhbar beliau menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan menegaskan bahawa ianya merupakan satu fitnah yang bertujuan untuk merosakkan dan mencemarkan nama baik dan reputasi nya selaku ADUN Sulaman.

Beliau berpendapat, terdapat pihak tertentu yang berniat jahat yang sengaja mengaitkan nama nya dan nama Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan projek IC.

“Saya dan rakan-rakan mantan pemimpin UMNO Sabah akan terus berjuang memastikan hak-hak dan kepentingan rakyat dan negeri Sabah terus dipertahankan dan terjamin dalam negara Malaysia,” katanya.

“Saya sedang menyiasat perkara ini dan telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk menyaman pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita fitnah ini terutama sabahpost.net dan borneochanel.blogspot.com.”

“Saya berharap para pengamal media sosial agar lebih berhati-hati, beretika dan bertanggungjawab dan tidak menyebarkan berita fitnah yang tidak berasas ini kerana ianya akan mendatangkan kemudaratan kepada orang lain dan masyarakat.”-pr/BNN