UMNO Sabah mempersoal lantikan adik AP dalam pengurusan projek

0
Ghazalie Ansing, Naib Ketua Pemuda UMNO Sabah

KOTA KINABALU:UMNO Sabah memandang serius tentang penularan  rakaman suara mengenai seorang ahli parlimen dari parti memerintah yang telah melantik adik sendiri di dalam menguruskan projek di kawasan yang ahli parlimen berkenaan wakili.

Ghazalie Ansing Pengarah Komunikasi dan Strategik UMNO Sabah dalam satu kkenyataan akhbar berkata perkara tersebut dilihat seperti mempunyai agenda peribadi yang seakan akan mengaut keuntungan atas angin dari setiap projek pembangunan dan baikpulih yang beliau wakili.

Terdapat ulasan dari rakaman suara tersebut yang menyatakan adik beliau di lantik kerana dia merupakan seorang yang pakar di dalam kontrak, katanya.

“UMNO Sabah sama sekali tidak bersetuju dengan pandangan tersebut kerana selaku ahli parlimen dari Parti memerintah, beliau seharusnya mendapatkan maklumat, nasihat dan penyelesaian dari agensi agensi kerajaan yang berkenaan seperti majlis perbandaran, jurutera daerah, jabatan kerja raya dan lain lain agensi.”

Menurut beliau UMNO Sabah akan membuat laporan polis dan meminta pihak SPRM agar membuka fail siasatan dengan segera.

Ghazalie yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Sabah berkata perbuatan ahli parlimen tersebut jelas melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 kerana menyalahguna kedudukannya sebagai Ahli Parlimen melantik adik kandungnya mengurus projek kawasan bagi kepentingan keluarganya.-pr/BNN