Mangsa kebakaran menerima sumbangan

0
Rumah terbakar

BEAUFORT: Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul…begitulah perasaan tiga keluarga mangsa kebakaran di Kampung Cina Padas Valley Beaufort baru-baru lalu.

Prihatin….Matbali Musah menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran.

Sebanyak empat buah rumah musnah terbakar di Padas Valley lewat petang 15 Januari lalu. Kebakaran tersebut melibatkan rumah jenis tidak kekal iaitu dua buah rumah berukuran 20×30 dan dua lagi berkeluasan 20×40 kaki persegi. Setibanya di tempat kejadian anggota pasukan bomba berusaha memastikan api padam sepenuhnya dan kawasan diisytihar selamat. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku

Kelmarin Adun Lumadan, Matbali Musa telah mengadakan lawatan dengan menyampaikan sumbangan berupa barangan makanan harian dan wang tunai kepada tiga ketua keluarga melibat 15 ahli keluarga tersebut iaitu Muhammat Nuthyah Ramlee, Suridy Tunaidy dan Suratin Fadrojo di Kampung Cina Padas Valley Beaufort

Matbali memberitahu sumbangan disalurkan sebagai meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat dalam mangsa kebakaran itu.

Beliau turut mengingatkan masyarakat yang mendiami kawasan Dun Lumadan agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam penggunaan peralatan elektrik dan ketika memasak bagi mengelak berlakunya kejadian kebakaran berlaku.

Katanya, walaupun kebakaran adalah sebagai satu malapetaka yang tidak dapat dielak, namun sikap berwaspada dan berhati-hati pada setiap masyarakat membolehkan kejadian tidak berulang.

Terima kasih….salah seorang daripada tiga ketua keluarga menerima sumbangan daripada Matbali Musa

Turut menyampaikan sumbangan Ketua Bahagian PBS N.27 Lumadan Haji Ruslan Muharam (Naib Presiden PBS Pusat). Hadir sama Haji Tajudin Asari, Haji Jalib Sabli, Rafie Ghani, Amat Hj.Talip, Kasdo Pingong, Zain Matlan dan rombongan

Matbali juga mengucapkan tahniah kepada Pejabat Daertah Beaufort, Jabatan Kebajikan Daerah Beaufort serta UPPM Lumadan, pihak Jheains dan pasukan yang prihatin membantu mangsa kebakaran tersebut.-pr/BNN