PPK Pitas minta KP LPP beri penjelasan video dakwa KP lantik kroni kuasa NAFAS

0
Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pitas, Datuk Ng Loi Tect

KOTA KINABALU:  Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pitas, Datuk Ng Loi Tect hari ini meminta Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memberi   penjelasan berhubungan sebuah video yang mendakwanya terlibat dalam mengatur kroninya menguasai pengurusan tertinggi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Katanya, dia menerima video itu yang dihantar ke telefon bimbitnya yang mengandungi rakaman suara dan carta pentadbitan pengurusan NAFAS.

https://youtu.be/g6g6T-wQ2uM

Beliau berkata, nama Ketua Pengarah LPP telah banyak kali disebut sebagai dalang yang mengatur kroninya dalam menguasai pengurusan tertinggi NAFAS.

“Kita amat bimbang dan khuatir dengan dakwaan seumpama itu, terutama nama KP LPP dikaitkan untuk menguasai NAFAS, sedangkan dia akan bersara wajib tidak lama lagi.

“Justeru KP LPP perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk membersihkan namanya jika tuduhan dalam video itu tidak benar dan berasas.

“Sekiranya beliau membiarkan video ini terus menular tanpa sebarang penjelas seolah-olah apa yang dinyatakan dalam video itu adalah benar”, katanya Ng yang juga perwakilan ke Mesyuarat Agong NAFAS dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi PPK Kota Marudu Datuk George Sangkin yang turut menerima video yang sama berkata,  sekiranya tuduhan yang disebarkan dalam video itu benar, ia sesuatu yang sangat tidak sihat kepada institusi.

“Tuduhan KP LPP terlibat dalam mengatur kroninya menguasai NAFAS merupakan perkara yang harus dipandang berat oleh semua pihak”, katanya.-pr/BNN