Yahya diberi taklimat kajian PPWSS

0
84
Yahya (bersongkok) diberi taklimat oleh Nik Nazree (tiga dari kanan), turut kelihatan ialah Dr.Vighneswaran (dua dari kanan), Dr.Mariana (kanan).-Pix LSK
Yahya menerima laporan kajian daripada Nik Nazrees sambil diperhatikan oleh ketua-ketua jabatan dan pengurus besar agensi dibawah MAFI-Pix LSK

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah diberi taklimat mengenai Kajian Pelan Pembangunan Wilayah Selatan Sabah yang merangkumi daerah Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak Sabah oleh PEMANDU Associates Sdn.Bhd di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.

Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah telah melantik PEMANDU untuk menjalankan kajian pelan tersebut yang bertujuan antara lain mengenal pasti sektor utama yang mampu merangsang pertumbuhan ekonomi di wilayah itu dan menyumbang kepada pencapaian sasaran pendapatan per kapita sebanyak RM43,409 menjelang tahun 2035.

Kajian berkenaan kini berada dalam fasa pasca lab yang memerlukan PEMANDU membuat pembentangan kepada menteri yang bertanggungjawab kepada sektor-sektor yang diberikan keutamaan di Wilayah Selatan iaitu pertanian, kelapa sawit (termasuk aktiviti huluan dan hiliran) serta pelancongan.

Yahya (bersongkok) diberi taklimat oleh Nik Nazree (tiga dari kanan), turut kelihatan ialah Dr.Vighneswaran (dua dari kanan), Dr.Mariana (kanan).-Pix LSK

 Taklimat telah diberikan oleh Senior Vice Presiden PEMANDU, Nik Nazree Nik Abdul Rahman, Vice Presiden, Dr.Vighneswaran Vithiatharan dan Associate Vice Presiden, Mohd. Azad Mohd Azzam.

 Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Sektoral) UPEN Sabah, Dr.Mariana Tinggal (kiri) dan Ketua Penolong Pengarah (Pertanian) UPEN, Puan Helena Masry. Sementara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri (MAFI) diwakili oleh ketua-ketua jabatan dan pengurus besar agensi dibawahnya.-pr/BNN