PPBM perlu ke Sabah demi kestabilan politik

0
Datuk Lajim Haji Ukin

KOTA KINABALU: Sejarah Sabah membuktikan, hanya menerusi kestabilan politik, maka kemajuan dan pembangunan Sabah tercapai.

Datuk Lajim haji Ukin dalam satu kenyataan akhbar berkata dalam  tahun 1994, setiap 9 tahun, Sabah berubah kerajaan.

“Sebagai impak kepada perubahan itu, maka pembangunan dan kemajuan Sabah terbantut, dan yang paling malang sekali Sabah menjadi negeri termiskin,” katanya.

Menurut beliau, kadar kemiskinan Sabah cukup tinggi pada tahun 90-an, malah mencapai lebih 30%.

“Berkat kerajaan yang mapan bermula tahun 1994, kadar kemiskinan dapat diturunkan sehingga 2.9% pada tahun 2016, dan kini, sebagai impak kepada perancangan kerajaan terdahulu, maka kadar kemiskinan negeri telah mendekati 1%.”

Perancangan terdahulu yang dirumuskan menerusi HALATUJU pembangunan dan Kemajuan Negeri Sabah dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana wujudnya kestabilan politik, tegas nya.

“Sabah perlu kembali ke era itu. Kestabilan politik Sabah akan terwujud semula apabila PPBM mengembangkan sayapnya ke Sabah.”

Sejarah Sabah hanya membangun apabila wujudnya kestabilan politik. Berasaskan kepada senario politik semasa, kemasukan PPBM ke Sabah boleh mestabilkan politik Sabah. Atas sebab itu lah kemasukan parti pimpinan Tun Dr Mahathir itu dialu-alukan.

Beliau berpendapat mereka yang menentang kemasukkan parti itu, sebenarnya bimbang kuasa mereka berkurang.

“Sedangkan kuasa seperti itu tidak baik untuk rakyat dan negeri.”

Sepatutnya setiap pemimpin perlu mendahulukan rakyat dan negeri, bukannya kuasa yang digengam sendiri untuk tujuan politik, katanya lagi.

“Tiada erti kuasa berjelak-jelak, sedangkan kuasa seumpama itu, tidak mendatangkan kebaikan untuk rakyat dan negeri.”

Senario semasa, ramai sungguh rakyat negeri mengalu-alukan kemasukan PPBM, sebab itu ada pihak yang menentangnya, kerana khuatir mereka kehilangan sokongan.

“Sebenarnya, ketakutan itu tidak perlu timbul, jika mereka yang menentang itu mengutamakan kemajuan dan pembangunan negeri dan rakyatnya.”

Parti politik yang sebenar-benarnya, perlu mempunyai halatuju membangunkan negeri dan rakyat, dan matlamat itu perlu diberi keutamaan.-pr/BNN