Jangan mempolitikkan rakyat demi keuntungan politik sempit

0
945
Abdul Aziz Julkarnain
KOTA KINABALU: Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Aidi Moktar sebagai suatu tindakan yang bermotifkan politik populis.
Abdul Aziz Julkarnain Ketua Pemuda UMNO Sabah dalam satu kenyataan akhbar berkata

sebagai Menteri Undang-Undang dan  Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Aidi seharusnya lebih berhati-hati di dalam membuat kenyataan kepada wartawan.

Ini terutamanya bila berhubung isu-isu yang berkait dengan perundangan dan hak-hak etnik kerana ianya merupakan isu sensitif dan melibatkan keharmonian “multi-racial” masyarakat di Sabah. Beliau seharusnya merujuk setiap perkataan di dalam perenggan Ordinan Interpretasi Anak Negeri Sabah.
“Di dalam sub-seksyen 2(1)(d) Ordinan Interpretasi Anak Negeri Sabah memperuntukkan bahawa;
“mana-mana individu yang lazimnya bermastautin di Sabah, adalah ahli dari anak negeri kepada Republik Indonesia atau kumpulan pulau Sulu di Kepulauan Filipina atau Negeri-Negeri Malaya atau Republik Singapura, telah hidup sebagai dan menjadi seorang anggota masyarakat anak negeri untuk tempoh lima tahun yang berterusan sejurus sebelum tarikh tuntutannya sebagai anak negeri, telah memperlihatkan sifat baik sepanjang tempoh itu dan yang tinggal di Sabah tidak terhad di bawah mana-mana peruntukan Akta Imigresen , 1959/63 [Akta 155].”
“Menurut Ordinan berikut, terma ‘individu’ telah digunakan sebagai garis panduan untuk menuntut hak-nya sebagai Anak Negeri berbanding kenyataan yang dilakukan oleh Datuk Aidi Moktar;
“Kerajaan negeri diketuai Parti Warisan Sabah akan ambil berat dan perhatian perkara ini kerana kami tahu adalah tidak adil bagi mereka (Bugis dan Jawa) ini yang sudah hidup lama dan datang ke sini sebelum merdeka (tetapi tidak diiktiraf sebagai anak negeri),” – Datuk Aidi Moktar
Maka, beliau sebagai Menteri Kerajaan Negeri tidak perlu membuat kenyataan kepada wartawan untuk meneliti etnik-etnik yang layak menjadi Anak Negeri kerana tuntutan boleh dilakukan oleh ‘individu’ jika kelayakan menurut Ordinan Interpretasi Anak Negeri Sabah telah dipenuhi. Tindakan Menteri Parti Warisan Sabah tersebut hanya akan mengundang “racial tension” dalam kalangan masyarakat Sabah, kata Abdul Aziz.
“Beliau sepatutnya membezakan isu yang boleh di politikkan dengan isu yang melibatkan sensitiviti dan menggugat keharmonian kaum. Masyarakat Sabah hidup berbilang etnik dan agama, Strategi Politik Populis yang dipelajari oleh Parti Warisan Sabah daripada kerajaan Pakatan Harapan hanya hanya akan merosakkan amalan “multi-racial” di Sabah.”
“Biarkan ‘individu’ yang layak membuat tuntutan untuk menjadi Anak Negeri Sabah dan kementerian berfungsi untuk menilai kelayakan individu tersebut sebelum diberikan status anak negeri. Pengiktirafan secara kolektif bercanggah dengan Ordinan Interpretasi Anak Negeri.”
Selama ini, Barisan Nasional berusaha keras mengekalkan keharmonian dan mengimbangi etnik-etnik di Sabah, katanya.
“Maka, saya memberi amaran kepada kerajaan Parti Warisan Sabah agar menghentikan politik populis yang menggugat keharmonian etnik di Sabah. Jangan memperalatkan rakyat Sabah untuk kepentingan politik. Jika ingin berpolitik, berpolitiklah dengan matang. Pegang kata-kata ini;
“Kita Berpolitik Untuk Rakyat, Bukan Rakyat Dipolitikkan Untuk Kita”
Walaupun hanya untuk sepenggal, pelajarilah untuk menjadi ahli politik yang berintegriti walaupun sedikit, katanya.-pr/BNN