Naib presiden UMNO temui pemimpin

0

KOTA KINABALU: Naib residen UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengadakan pertemuan dan mesyuarat bersama pemimpin UMNO Sabah di bangunan UMNO Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.

Mesyuarat bersama Jawatankuasa Perlembagaan dan Peraturan UMNO Sabah yang diketuai oleh Datuk Mohamad Haji Alamin itu bagi membincangkan secara terperinci mengenai kuasa dan autonomi UMNO Sabah.

Hadir sama ialah Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Timbalannya, Datuk Yaakub Khan, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Sabah, Datuk Dr Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid, Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jefry Ariffin, Bendahari UMNO Negeri, Encik Suhaimi Haji Nasir dan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Kelihatan, Mohamed Khalid (duduk dari kiri) yang juga Pengerusi Perlembagaan dan Peraturan UMNO bersama Bung (lima dari kiri) dan pemimpin UMNO Sabah yang hadir.-pr/BNN