28 PPK Sarawak gesa KP LPP selesai masalah PPB

0
719

KUCHING: Sebanyak 28 buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) negeri Sarawak menggesa Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Permodalan Peladang Berhad (PPB).

Pengerusi PPK Julau, Encik Anyie Ding berkata, PPB mengalami kerugian pada masa dibawah pimpinan pegawai-peagwai yang memegang jawatan tertinggi di PPB.

PPB merupakan salah sebuah syarikat pelaburan NAFAS.

Beliau berkata, PPK Julau melabur RM200,000 saham dalam PPB dan ini amatlah bermakna kepada PPK Julau.

“Kami berharap agar NAFAS membeli saham-saham di PPB untuk membantu mengembalikan saham setiap PPK di seluruh Malaysia.

“KP LPP dan TKP LPP yang memegang jawatan tertinggi di PPB sebagai Pengurus Besar dan Pengurus Kewangan pada masa itu adalah bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami oleh PPB” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Perkara itu telah diputuskan semasa perjumpaan 28 Pengerusi PPK Sarawak di sebuah hotel di Kuching, semalam.

Menurutnya, dengan kegagalan meneruskan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PPB pada 19 Disember 2018 lalu telah menyebabkan kerugian kepada PPB dan juga PPN yang terlibat dengan tambang- menambang dan menimbulkan ketidak puasan hati ahli-ahli peladang terhadap KP LPP yang mengendalikan mesyuarat tersebut.

“Kami menyeru agar Kerajaan mengambil peduli masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli peladang kesan daripada tadbir urus oleh Ketua Pentadbir NAFAS dan pegawai LPP yang ditempatkan di NAFAS”, tegasnya.

Katanya, NAFAS memperolehi keuntungan tinggi setiap tahun sebelum ini, sebaliknya kerana tadbir urus yang kurang cekap semasa pergantungan perlembagaan NAFAS oleh pegawai LPP, keuntungan yang dicatatkan telah jatuh dengan begitu drastik sekali.

“Inilah yang perlu diperiksa oleh Kerajaan kerana tindakan penggantungan itu sebaliknya telah merosakkan NAFAS”, tambahnya.

Menurutnya, mengikut Seksyen 24A(2) Akta 109 Pertubuhan Peladang 1973, mana-mana pihak yang mendatangkan kerugian kepada Pertubuhan Peladang (NAFAS) akibat penggantungan itu, boleh dikenakan ‘surcharge’ dibawah seksyen tersebut.

“Kerajaan perlu campur tangan agar NAFAS tidak gulung tikar akibat ditadbir oleh pengurusan yang tidak cekap”, tegasnya.-pr/BNN