PP negeri negeri beri kepercayaan kepimpinan baharu perkasa semula NAFAS

0
1003
Perjumpaan mesra dan muhibbah antara kepimpinan baharu NAFAS bersama Pengerusi dan GM PPN.

KUALA LUMPUR: Lima Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) memberikan kerjasama baik kepada kepimpinan baharu Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) untuk memperkasakan semula pertubuhan itu.

PPN tersebut ialah Sarawak, Sabah, Labuan, Melaka dan Selangor.

Pengerusi PPN Sarawak Datuk Sylvester Entri Muran yang mewakili 5 PPN berkata, mereka yakin kepimpinan baharu NAFAS dapat mengembalikan kegemilangan NAFAS setelah prestasinya merundum akibat digantung perlembagaannya oleh pendaftar yang juga Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Haji Hamzah Haji Bahari.

Penggantungan perlembagaan NAFAS sejak Jun 2018 oleh Haji Hamzah telah mengakibatkan NAFAS mengalami kerugian yang tidak sepatutnya berlaku.

Berdasarkan Seksyen 24A(2) Akta 109 Pertubuhan Peladang 1973, mana-mana pihak yang mendatangkan kerugian kepada Pertubuhan Peladang (NAFAS) akibat penggantungan itu, boleh dikenakan ‘surcharge’ dibawah seksyen tersebut.

“Kami mengalu-alukan kepimpinan baharu NAFAS yang menyatakan komitmen demi mengembalikan kegemilangan NAFAS”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sylvester berkata jaminan itu diberikan oleh Pengerusi NAFAS yang baharu, Datuk Haji Ir. Phahrolrazi Bin Haji Zawawi dalam perjumpaan muhibbah dan mesra mereka bersama Pengerusi-Pengerusi dan GM PPN di pejabat NAFAS, semalam.

Katanya, antara lain Phahrolrazi menyentuh bahawa NAFAS dan LPP merupakan dua badan yang berasingan dan NAFAS tidak BERTUANKAN LPP.

Menurut Phahrrolrazi, NAFAS bergerak dibawah Akta Pertubuhan Peladang 109 yang mana NAFAS, PPN dan PPK adalah satu.

Sementara LPP katanya, ia bergerak dibawah Akta PP 110.

“LPP hanya sebagai pendaftar. Saya nampak LPP banyak campur tangan dalam pentadbiran NAFAS, PPN dan ini boleh merosakkan kedua-dua pertubuhan itu”, katanya.

Beliau berkata, NAFAS, PPN dan PPK bergerak mencari peluang perniagaan dan keuntungan bagi membayar dividen kepada ahli-ahli peladang yang merupakan pemegang saham.

Sylverter berkata, Phahrolrazi, menyatakan sekiranya akta yang ada sekarang memberi kekangan kepada aktiviti perniagaan NAFAS dan PPN, beliau akan mencadangkan kepada Kerajaan melalui Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membuat pindaan terhadap akta itu.

“Mana-mana klusa yang boleh menyekat akitiviti dan gerakan NAFAS perlu diubah dan dipindah di Persidangan Parlimen”, jelasnya.

Pertamuan kepimpinan baharu NAFAS bersama Pengerusi dan GM PPN telah berlangsung dengan mesra dan muhibbah.

Kedua-dua pihak berharap hubungan erat yang telah terjalin ini dapat dimantapkan lagi demi kepentingan ahli-ahli peladang.-pr/BNN