PPN Sarawak minta KP LPP beri penjelasan dakwaan LPP tahan duit NAFAS sebagai FD

0
778
Datuk Sylvester Entri Muran

KUCHING: Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sarawak hari ini meminta Ketua Pengarah (KP) Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memberi penjelasan berhubung dakwaan LPP menahan duit yang sepatutnya dibayar kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Datuk Haji Yussof bin Haji Mohammad

Pengerusinya, Datuk Sylvester Entri Muran berkata, pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan itu dan ia merupakan perkara yang serius.

“Kami difahamkan duit sebanyak RM800 juta lebih telah ditahan dan disimpan oleh LPP dalam bentuk Simpanan Tetap (FD) di bank. Duit itu sepatutnya untuk membayar subsidi baja yang telah dibekalkan oleh NAFAS.

“Sekiranya tuduhan ini betul, PPN Sarawak mau tau adakah bunga (interest) daripada FD yang diterima oleh LPP akan dibagi kepada NAFAS”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sylvester berkata, beliau hairan kenapa LPP sengaja menyimpan duit itu yang sepatutnya dibayar kepada NAFAS.

“Apa tujuan KP LPP melengah-lengahkan bayaran yang sepatutnya sudah lama dibayar kepada NAFAS.

“Sebaliknya menyimpan duit itu dalam bentuk FD di bank untuk mendapatkan bunga”, soalnya.

Sementara itu PPN Wilayah Persekutuan Labuan turut mempertikai tindakan KP LPP menahan duit bayaran kepada NAFAS.

Pengerusinya, Datuk Haji Yussof bin Haji Mohammad berkata, RM800 juta bukan angka yang sedikit.

Sekiranya benar dakwaan itu, LPP harus memberikan bunga hasil daripada FD itu kepada NAFAS.-pr/BNN