Galak anak anak sertai sukan-Aminah

0
146
Juara keselurhan pasukan Boeing menerima hadiah daripada Aminah

KOTA KINABALU: Kebanyakan ibu bapa hari ini beranggapan jika anak-anak mereka aktif dalam kokurikulum atau sebarang aktiviti sukan di sekolah, pelajaran mereka akan tercicir dan merosot. Sebab itu, anak-anak lebih digalakkan menumpukan perhatian pada akademik kata Datuk Aminah Ambrose.

Beliau yang juga Presiden SWEPA Sabah berkata amalan boleh dianggap tidak sihat, kerana sepatutnya sebagai ibu bapa mereka yang perlu menunjukkan teladan dan memainkan peranan penting dalam menggalakkan gaya hidup sihat dalam keluarga.

”Sebab itu bagi saya, kita kena berbalik kepada perkara asas iaitu peranan ibu bapa. Saya menyeru ibu bapa agar memberikan sokongan dan komitmen kepada anak-anak untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum, kerana potensi dan penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum akan membantu pelajar mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum

Terima kasih….Aminah menerima cenderahati daripada Kuani Kunat Kuat.

“Dengan memberikan sokongan kepada pelajar untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum secara tidak langsung potensi dan penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum akan membantu pelajar mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum”, ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kejohanan Balapa Padang SMK St Francis Convent 2019 kali ke 60 di Kompleks Sukan Penampang semalam.

Sebanyak empat buah pasukan telah mengambil bahagian iaitu pasukan Boeing (Hijau), Fokker (Biru), Jet (Merah) dan Comet (Kuning).

Turut hadir sama Pengerusi PIBG SMK ST. Francis Convent ( M ) Kota Kinabalu, Sabah Abdul Razak Salleh; Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Marry Gomez; Penolong Kanan Pentadbiran SMK ST. Francis Convent Goh Moi Hui; Penolong Kanan Kokurikulum Kuani Kunat Kuat; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Aini Sigisimon dan Penolong Kanan Petang Nurul Husna.

Katanya momentum seperti inilah yang ibu bapa perlu berikan agar anak-anak ini sentiasa cerdas dan cergas sama ada di sekolah mahupun di rumah dan akan lahirlah pelajar minda kelas pertama yang senantiasa diharapkan.

Aminah menambah kejohanan sukan yang diadakan pada setiap tahun adalah untuk membina semangat kesukanan anak-anak kita.

“Ianya bukan sekadar satu temasya bagi mengukur kemampuan anak-anak kita bertanding dalam acara-acara sukan tetapi temasya ini juga membina keyakinan diri serta suntikan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid-murid.

“Elemen ini sangat penting bagi mengiktiraf keboleh mampuan berfikir dalam menjana kemenjadian murid yang cemerlang dan bersahsiah mulia. Temasya sukan sekolah ini adalah salah satu daripada usaha sekolah dalam memastikan akses pendidikan yang berkualiti untuk setiap murid berupaya memberi kesan berganda dalam bidang pembelajaran,” jelasnya.

Tegas beliau kecemerlangann para pelajar dalam bidang sukan diharapkan boleh menjadi atlet berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi bagi mewakili daerah, negeri dan negara.

Dalam kejohanan itu pasukan Boeing juara keseluruhan diikuti tempat kedua pasukan Fokker, ketiga Jet dan keempat Comet. Untuk acara pertandingan Msorak dimenangi pasukan Boeing.-pr/BNN