Subsidi kepada petani dikurangkan terima kasih KP LPP- PPN Borneo

0
691
Salahuddin (kanan) menangis apabila membaca surat Ibas.

KUCHING : Lebih 350 ribu petani di negara ini akan menerima agihan subsidi yang lebih rendah berbanding sebelumnya, mulai tahun ini.

Terima kasih kepada Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Haji HAMZAH Bahari kerana telah mencadangkan kepada kerajaan bagi pengurangan pemberian subsidi kepada pesawah padi di negara ini.

Kini hidup para petani bertambah susah berikutan pengurangan subsidi tersebut.

Datuk Sylvester Entri Muran

Tiga buahPertubuhan Peladang Negeri (PPN) iaitu Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah menyuarakan keluh-resah para petani berpendapat, KP LPP bertanggungjawab menyebabkan kehidupan petani bertambah susah.

Pengerusi PPN Sarawak, Datuk Sylvester Entri Muran mewakilih ketiga-tiga PPN mendakwa, Hamzah adalah individu yang bertanggung-jawab mencadangkan kepada kerajaan bagi mengurangkan agihan subsidi kepada pesawah padi seluruh negara.

Keratan kenyataan Hamzah

Katanya, Hamzah pada Jun 2018  mencadangkan pengurangan pemberian subsidi tersebut membabitkan nilai RM2,600 sehektar setiap tahun kepada pesawah.

Hamzah, selepas mengadakan perjumpaan dengan Majlis Penasihat Kerajaan ketika itu berkata, cadangan untuk kurangkan subsidi dan perkenalkan konsep tanaman tambahan itu adalah bertujuan meningkatkan pendapatan pesawah selain mengubah gaya hidup pemakanan rakyat di negara kita.

“Sebagai KP LPP, beliau sepatutnya lebih faham masalah petani yang mengharapkan beliau sebagai benteng kepada para petani dengan memberi cadangan yang lebih meningkatkan kebajikan mereka.

“Sebaliknya beliau mengkhianati kepercayaan petani, dan kini cadangan Hamzah kepada kerajaan telah menjadi kenyataan. Oleh itu, beliau merupakan individu yang menyusahkan para petani sehingga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,  Datuk Salahuddin Ayub menangis apabila mengetahui nasib petani”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Datuk Salahuddin Ayub menangis apabila membaca surat daripada seorang pesawah, Ibas Hamud, semasa satu program di Serdang, Kuala Lumpur, semalam.

Surat berkenaan diserahkan wakil petani dari Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Besar, Ibas Hamud, 77, ke tangan Salahuddin sendiri sebagai gimik pelancaran hala tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Surat yang dibaca Salahuddin itu antara lain meluahkan kebimbangan dan kegusaran petani serta nelayan dengan pemotongan subsidi dan elaun sara diri kumpulan berkenaan.

Selesai membaca surat itu, Salahuddin berkata, selagi memimpin kementerian itu, beliau akan berusaha memastikan golongan petani dan nelayan akan terus dibantu.

Sebelum mengakhir ucapannya Salahuddin turut memetik satu ayat, ‘JIKA NAK TAHU SIKAP SEBENAR SEORANG ITU, BAGI DIA KUASA’ , sangat sesuai ayat itu ditujukan kepada KP LPP (Hamzah) yang mencerminkan sikapnya selama ini.

Sylvester berkata, ahli-ahli peladang khususnya petani dan pesawah marah kerana subsidi telah dikurangkan sehingga kehidupan mereka bertambah susah.

“Inilah sumbangan BESAR Hamzah dan LPP kepada Menteri Pertanian kita sehingga Menteri menangis. Rakyat perlu berterima kasih kepada Hamzah kerana pengurangan subsidi itu”, tegasnya.

Sylvester yang juga mantan Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) juga mengalu-alukan peringatan Salahuddin kepada semua agar sentiasa mengamalkan “good governance” dan menjauhi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Peringatan ini amat bertepatan ditujukan kepada KP LPP kerana mencampuri pentadbiran NAFAS sehingga pertubuhan itu mengalami kerugian yang tidak sepatutnya berlaku”, tambahnya.

Katanya, Salahuddin turut menegaskan berlakunya salah guna kuasa, ketirisan dan kewujudan “rent seeker”,  yang menggagalkan usaha industri ini untuk maju dan berdaya saing.-pr/BNN