Pengurangan subsidi kepada petani, terima kasih kepada Azulita

0
708
Datuk Jaimin

 

KUNDASANG: Ahli-ahli peladang seluruh negara berhutang budi kepada Timbalan Ketua Pengarah (TKP) Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Puan Azulita Salim kerana peranannya menyebabkan subsidi kepada petani dikurangkan oleh kerajaan.

Azulita dan Ketua Pengarah LPP, Haji Hamzah Bahari merupakan individu yang bertanggungjawab memberi cadangan kepada Majlis Penasihat Kerajaan pada tahun 2018 agar subsidi petani dikurangkan pada tahun ini.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kinabalu, Datuk Jaimin Samitah berkata, kini cadangan pengurangan subsidi kepada petani telah menjadi kenyataan.

“Semua ini adalah kerana sumbangan Hamzah dan Azulita. Petani kini menderita akibat pengurangan subsidi itu”, katanya dalam satu kenyataan,hari ini.

Hamzah dan Azulita pada Jun 2018 mencadangkan pengurangan pemberian subsidi tersebut membabitkan nilai RM2,600 perhektar setiap tahun kepada pesawah.

Azulita

Hamzah, selepas mengadakan perjumpaan dengan Majlis Penasihat Kerajaan ketika itu berkata, cadangan untuk kurangkan subsidi dan perkenalkan konsep tanaman tambahan itu adalah bertujuan meningkatkan pendapatan pesawah selain mengubah gaya hidup pemakanan rakyat di negara kita.

Jaimin berkata, Hamzah dan Azulita sepatutnya sedar bahawa pengurangan subsidi kepada pesawah akan menyusahkan mereka dalam mengeluarkan padi.

Hamzah

Beliau berkata, Azulita yang bakal naik pangkat sebagai Ketua Pengarah LPP, selepas ini mungkin menurunkan lagi peruntukan subsidi.

“Ini kerana pemikirannya dengan Hamzah sama, tidak prihatin terhadap nasib ahli-ahli peladang di negara ini”, katanya.

Serentak itu, Jaimin menggesa Kerajaan agar menimbang semula pengurangan subsidi kepada petani.

Katanya, PPK Kinabalu yakin Kerajaan Persekutuan prihatin dengan nasib ahli-ahli peladang seluruh negara.-pr/BNN