Legasi Hamzah menyusahkan ahli-ahli peladang akan dikenang selama-lamanya

0
1230
Datuk Sylvester Entri Muran

KUCHING:  Ketua Pengarah (KP) Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Tuan Haji Hamzah Bahari yang akan bersara wajib pada esok (3 Mac) meninggalkan legasi yang amat menyedihkan kerana telah menyusahkan ahli-ahli peladang seluruh negara, berikutan keputusannya menggantung perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Jika dibandingkan dengan bekas bekas KP LPP yang lain, Hamzah mencipta sejarah tersendiri kerana tindakan bijak beliau yang kononnya mahu membetulkan NAFAS, sebaliknya merupakan strategi beliau mahu memusnahkan NAFAS yang dimiliki oleh 14 buah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN).

Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak, Datuk Sylvester Entri Muran berkata, Hamzah yang memegang jawatan KP selama 2 tahun tidak akan dilupai oleh ahli-ahli peladang negara ini berikutan tindakannya itu (menggantung perlembagaan NAFAS)

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Hamzah atas persaraan wajibnya, beliau berkata legasi-legasi yang ditinggalkan oleh Hamzah pasti tidak akan dilupakan oleh ahli-ahli peladang, kakitangan NAFAS, LPP, PPN, PPK dan unit-unit peladang.

Katanya, antara legasi-legasi yang telah ditinggalkan oleh Hamzah yang tidak boleh dilupakan termasuklah;

1: PENGGANTUNGAN PERLEMBAGAAN NAFAS MENGEJUTKAN AHLI-AHLI PELADANG MALAYSIA

Ketika Hamzan menjawat jawatan KP, beliau tanpa rasional dan tanpa memikirkan akibatnya terus mengarahkan penggantungan Perlembagaan NAFAS. Pada 31 Mei 2018, Ahli-ahli Jemaah Pengarah pada masa itu telah dijemput  ke Bilik Mesyuarat Utama NAFAS dimana Timbalan KP LPP, Puan Azulita Salim dan beberapa pegawai  LPP lain telah menerangkan Penggantungan Perlembagaan NAFAS berkuatkuasa 1 Jun 2018.

Surat perintah penggantungan  itu ditujukan kepada Pengerusi NAFAS  (Datuk Seri Saipolbahari) tetapi memandangkan Datuk Saipolbahari hanya akan tiba di Malaysia pada 1 Jun 2018 daripada mengerjakan umrah. Beliau telah memohon penangguhan sehari  iaitu sehingga dia sampai di Malayaia untuk menerima surat penggantungan perlembagaan NAFAS, namun Hamzah dan Azulita menolaknya dengan angkuh tanpa mahu mempertimbangkan rayuan Saipolbahari.

Hamzah dan Azulita enggan melayan rayuan Saipolbahari. Sebenarnya mereka lupa bahawa mereka tidak mempunyai hak terhadap PP dan NAFAS, sebaliknya Saipolbahari dan AJP lebih berhak kerana adalah pemegang saham Pertubuhan Peladang. Justeru pegawai dengan kualiti sedemikian boleh merosakkan kerajaan.

Ketika itu tidak sesiapa pun boleh mempertikaikan keputusan mereka. Inilah hukuman yang dianggap oleh semua AJP NAFAS sebagai hukuman yang paling dahsyat sekali atas arahan Hamzah. Inilah legasi yang paling dahsyat diterima oleh ahli-ahli peladang di seluruh Negara.

2: ARAHAN AJP NAFAS MENGOSONGKAN JAWATAN.

Suatu tindakan yang dianggap amat membanggakan Hamzah kerana telah berjaya memaksa beberapa AJP NAFAS pada masa itu untuk mengosongkan jawatan dan seterusnya meletakkan jawatan mereka supaya mereka tidak akan diambil tindakan susulan.

Pada masa yang sama kes penggantungan  perlembagaan juga dibawa ke mahkamah untuk disemak semula keputusan penggantungan itu. Legasi ini amat mencemarkan nama baik Pertubuhan Peladang kerana keputusan penggantungan telah menyebabkan beberapa AJP NAFAS mahu keadilan ditentukan oleh pihak mahkamah.

3: PENGANIAYAAN TERHADAP PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN NAFAS.

Akibat daripada tindakan penggantungan perlembagaan NAFAS, beberapa Pegawai Pengurusan NAFAS telah diambil tindakan atas tuduhan kononnya salahguna kuasa dan masalah pengurusan yang serius. Ini adalah suatu penganiayaan terhadap mereka kerana tidak ada pengadilan yang dibuat mengikut tatacara perlembagaan. Legasi ini telah merosakkan pengurusan  NAFAS kerana  Hamzah telah menempatkan pegawai-pegawai yang dianggap kroni beliau untuk menentukan pengurusan NAFAS mengikut cara pentadbiran yang dikehendakinya.

Beberapa pegawai pengurusan NAFAS telah pun dibuang kerja dan ada yang digantung kerja sehingga  Hamzah bersara wajib pada 3 Mac 2019. Penggantungan pegawai pengurusan NAFAS sehingga hampir 8 hingga 12  bulan, sudah tentu memudaratkan NAFAS kerana mereka juga dibayar gaji penuh tanpa membuat kerja untuk NAFAS.

4:  KEUNTUNGAN NAFAS MERUNDUM

Keuntungan NAFAS semenjak Hamzah menjadi KP LPP telah merundum berbanding dengan 10 tahun berturut-turut sebelum penggantungan perlembagaan NAFAS oleh beliau. Legasi ini telah menjejaskan prestasi kewangan NAFAS pada tahun 2018 dan 2019. Ini  mungkin akan berlanjutan beberapa tahun akan datang. Agihan dividen saham setiap PPN dalam NAFAS, dividen Dana Peladang Kebangsaan (DPK), dividen saham setiap PPN dalam Kilang Baja Gurun sudah tentu akan merosot.

Hamzah akan menjadi buah mulut dan terus dikenang oleh pemegang-pemegang saham kerana semasa beliau menjadi KP LPP telah mengakibatkan kerugian yang sukar dibayangkan oleh mereka.

5: MENYUSAHKAN PARA PESAWAH-PESAWAH

Ahli-ahli Peladang terutamanya pesawah-pesawah padi telah membangkitkan pengurangan input sabsidi padi disebabkan oleh Hamzah dan Azulita yang telah mencadangkan kepada Majlis Penasihat Kerajaan untuk mengurangkan sabsidi tersebut. Legasi ini amatlah menyusahkan para pesawah sehingga hari ini.

6: PERKHIDMATAN NAFAS DI BERHENTIKAN

Hamzah telah mengarahkan pejabat wilayah NAFAS di Sabah dan Sarawak ditutup. Penutupan pejabat wilayah di pulau Borneo ini seolah-olah beliau tidak mahu NAFAS mengembangkan perkhidamatan kepada ahli-ahli peladang di Sabah, Sarawk dan Wilayah Persekutuan Labuan.  Tindakan ini  merupakan suatu diskriminasi terhadap pemegang-pemegang saham NAFAS daripada Sabah, Sarawak dan Labuan.

7:  MELETAKKAN KRONI DI  NAFAS DAN LPP

Motif penggantungan perlembagaan NAFAS telah terjawab oleh Hamzah sendiri apabila diketahui beliau merancang menempatkan beberapa pegawai-pegawai LPP di NAFAS. Perkara ini terbongkar dalam klip “video” yang telah tersibar didalam media sosial.

Malah Hamzah juga telahpun membuat beberapa perlantikan dan menempatkan beberapa pegawai LPP kononnya untuk menstrukturkan semula LPP. Keadaan ini telah menyebabkan ketidakselesaan dikalangan pegawai-pegawai yang  ditindasnya (demoralized staff). Tindakan beliau dianggap memusnahkan “moral” dan kecekapan pegawai-pegawai di NAFAS dan LPP amnya.

Sylvester berkata, legasi-legasi yang ditinggalkan oleh Hamzah amat menyedihkan jika dibanding dengan legasi-lagasi beberapa Ketua Pengarah sebelum beliau.

“Pemegang-pemegang saham dalam Pertubuhan Peladang akan terus mengingatiHamzah kerana jasa dan sumbangannya yang telah menyusahkan mereka akibat penggantungan perlembagaan NAFAS”, tegasnya.-pr/BNN