Wanita UMNO Sabah turun padang

0
235
Jainab (dua dari kanan) melawat mengundi DUN Semenyih yang sakit.

KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita UMNO Sabah yang diketuai oleh Datuk Dr. Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid telah berkampung di Semenyih bagi membantu jentera Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecik (PRK) N.24 Semenyih, Selangor.

Selain Jainab, pemimpin Wanita UMNO Sabah yang kini berada di Semenyih ialah Naib Ketua Wanita Negeri, Puan Juriah Palasin, , Penolong Setiausaha, Puan Aminah Johan, Ketua Penerangan-Hajah Musliati Muslimin dan Bendahari Wanita Negeri, Puan Chaya Sulaiman.

Wanita UMNO Sabah mengadakan kempen dari rumah ke rumah termasuk melawat pengundi yang sakit dan uzur dalam siri kempen membantu calon BN, Zakaria Hanafi.

“Kami sudah berada di sini selama seminggu untuk membantu jentera BN bagi memastikan calon BN menang dalam PRK Semenyih”, kata Dr.Jainab dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, selain Wanita UMNO, Ketua UMNO Sabah, Datuk Bong Moktar Radin bersama pemimpin UMNO Sabah, pemimpin Pemuda UMMO Sabah juga bersama-sama berkempen membantu jentera BN.

PRK DUN Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali; Zakaria Hanafi (BN); Kuan Chee Heng (Bebas) dan Nik Aziz Afiq Abdul daripada PSM.

Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor daripada BERSATU yang mewakili PH pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.-pr/BNN