Shafie bersama rakyat di Papar

0
Shafie (tengah) dengan rakyat diPapar

PAPAR: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal, hari ini telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Raudhatul Ilmiah Kampung Kuala Papar.

Beliau tiba di sini pada jam 12.00 tengah hari disambut oleh Datuk Haji Aidi  bin Haji Mokhtar, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Dr Haji Jaujan Haji Sambakong, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dr Daud Yusof, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Tuan Ahmad Hassan, Ahli Parlimen Papar dan para jemaah mukim di sini.

Selesai solat Jumaat, Datuk Seri Panglima telah bersama-sama dengan rakyat dalam Majlis Sentuhan Kasih dan Kenduri Sekampung di perkarangan masjid,  sebelum bertolak ke Kampung Kuala Papar, melawat rumah daif. Daerah Papar menjadi daerah pertama Ketua Menteri dalam  rangka lawatan beliau ke seluruh daerah di negeri ini. Beliau bertolak meninggalkan Papar lebih kurang jam 3.20 petang.-pr/BNN