BMW Motorrad Brunei menyambut pengembaraan GS Borneo Rally 2019

0
527
Kumpulan yang diketuai oleh Faizal Sukree (ketiga dari kiri)-PRNewswire

BANDAR SERI BEGAWAN, Brunei: QAF Auto Sdn Bhd BMW Motorrad Brunei mengalu-alukan para penunggang motosikal dan penjelajah siri BMW GS di bilik pameran Beribi — satu laluan hentian sebagai sebahagian daripada jelajah Borneo Adventure selama 10 hari yang meliputi lebih 3,000km mengelilingi Sabah, Brunei dan Sarawak. Kumpulan ini dipimpin oleh marsyal Trofi BMW GS dan penunggang motosikal Faizal Sukree, yang juga merupakan Pemandu Pelancong BMW Motorrad Antarabangsa serta pengajar yang diperakui.

“Motosikal BMW GS/GSA kekal menjadi ikon antara ‘enduro’ pengembaraan berkapasiti besar dan merupakan pilihan utama para pengembara dunia untuk jelajah jarak jauh, meskipun ke kawasan paling terpencil dan kawasan dengan rupa bumi yang sukar. Menunggang motosikal di seluruh Borneo membolehkan penunggang mengalami gabungan sempurna antara teknologi, ergonomik dan prestasi yang dapat ditawarkan oleh motosikal ini. Di QAF Auto, kami akan menjadikan kehidupan sebagai tunggangan melalui insiatif dan kolaborasi serta menawarkan sokongan penuh kami terhadap acara-acara sebegini,” ulas Sivakumar Krishnan, Pengurus Besar, QAF Auto Sdn Bhd.

Kumpulan ini terdiri daripada 22 penunggang motosikal dari Semenanjung Malaysia, Jerman, Belgium dan Taiwan yang berlepas dari Kuching, Sarawak pada hari Rabu dan tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam sebelum meneruskan pengembaraan mereka ke Sabah. Jelajah ini dianjurkan oleh FS Adventures yang berpangkalan di Malaysia manakala pengendalian tempatan di Brunei disokong oleh ADV Yard Singapore yang berjaya memadankan minat FS Adventures dan BMW Motorrad Brunei — perkhidmatan yang unik daripada ADV Yard. Jelajah tunggangan selama 10 hari itu akan berakhir pada 23 Mac di Kota Kinabalu, Sabah.

“Indahnya acara dan jelajah sebegini kerana kami dapat menyelami pelbagai budaya, gaya hidup sambil turut diiringi oleh teman perjalanan yang unggul untuk ekspedisi dan eksplorasi jarak jauh, GS. Semasa menjelajah, penunggang-penunggang ini berkongsi minat mereka terhadap aktiviti menunggang motor tanpa mengira asal usul mereka dan bahasa yang dituturkan – menjadikannya sebagai salah sebuah keluarga besar BMW Motorrad yang bermakna. Ini turut mengukuhkan kedudukan GC selaku jentera definitif pengembaraan jarak jauh,” tambah Shan Tong, Pengurus BMW Motorrad.

BMW Motorrad Brunei mula membuka pintunya tahun lalu, dengan lebih tujuh motosikal terkini bermula dengan motosikal kembara popular dan motosikal pemotoran kepada model-model gaya kafe. Barisan motosikal kembara ini adalah untuk memenuhi peningkatan permintaan terhadap penyelesaian utama untuk pengembara dunia, peminat ‘enduro’ pengembaraan dan penunggang perjalanan dengan minat terhadap aksi lasak.-PRNewswire