BERSATU dilancar April 6

0
212

KOTA KINABALU: Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, akan berlangsung pada hari Sabtu, 6 April 2019 bertempat di International Technology & Commercial Centre (ITCC), Penampang, Sabah, bermula pukul 12.30 tengahari.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor Pengerusi Jawatankuasa Induk, Majlis Pelancaran BERSATU Sabah dalam satu kenyataana akhbar berkata pelancaran ini akan disempurnakan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Pengerusi BERSATU merangkap Perdana Menteri Malaysia.

Jawatankuasa Induk Majlis Pelancaran menjemput para penyokong dan pendukung BERSATU di seluruh Sabah untuk bersama-sama menghadiri majlis yang bersejarah ini, kata nya.

“Selain beberapa acara sampingan seperti penyerahan secara rasmi borang permohonan keahlian tambahan penyokong dan pendukung BERSATU di Sabah, pengisian utama majlis adalah amanat yang akan disampaikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Pengerusi BERSATU.”

“Kita berharap amanat ini kelak menjadi platform langsung kepada masyarakat di Sabah untuk mendengar aspirasi dan hala tuju perjuangan BERSATU khususnya dalam konteks kerangka perjuangan masyarakat pribumi dan seluruh rakyat di negeri Sabah.”-pr/BNN