Perhimpunan Agung Tahunan PEMADAM Kebangsaan

0
Jainab (tiga dari kiri) bersama pemimpin PEMADAM Sabah.

KOTA KINABALU: Mantan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah, Datuk Dr. Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid yang juga Naib Yang di-Pertua Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) telah menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan PEMADAM Kebangsaan ke 43 di Ideal Convention Center (ICC) Shah Alam, Selangor, semalam.

Perhimpinan 2 hari itu, turut dihadiri oleh perwakilan-perwakilan daripada PEMADAM Sabah.

Jainab tidak mempertahankan jawatan Naib Yang Di-Pertua pada perhimpunan kali ini.

Katanya, persidangan kali ini meluluskan beberapa usul, antaranya ialah pihak kerajaan meneruskan pengharaman penanaman Marijuana ( Pokok Ganja) seperti yang termaktub di bawah seksyen  6, 7, 8 9 dan 10 dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pengharaman penanaman Ketum dan  Hemp (Cannabis Sativa).

Mengubal peruntukan undang-undang dalam Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dengan memasukkan Mitragyine Dalam jadual pertama (seksyen-seksyen 2 , 11(1) dan 17 (3) ADB 1952.

Sementara usul tanpa bahas yang diluluskan pada Perhimpunan Agung Tahunan PEMADAM Kebangsaan Ke-45 ialah;

*Jawatan Seorang Naib Yang Dipertua hendaklah diperuntukan kepada wakil daripada Malaysia Timur mengikut giliran bermula dengan Negeri Sarawak pada Sesi 2019/2022 dan diikuti oleh Negeri Sabah pada sesi berikutnya.

*Merakam ucapan syabas kepada Kementerian Kesihatan Malaysia kerana mengambil inisiatif yang proaktif melaksanakan Kempen Kampus Bebas Alkohol & Rokok dengan kerjasama Biro Pendidikan Pencegahan DADAH IPT & Kelab Mahasiswa PEMADAM.

*Menggesa Kerajaan mengkaji dan meneliti kesan buruk produk “heat tobacco“ (bebas asap rokok) yang kini berada di pasaran negara. Dikhuatiri produk ciptaan baru ini akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia khususnya golongan muda terlibat  dengan tabiat ketagihan merokok alaf baru.

*Menggesa Kerajaan menubuhkan tabung khas untuk menerima wang dan aset yang dilucutkan seperti yang termaktub di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 untuk disalurkan kepada pihak yang melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah. -pr/BNN