Yahya terima kunjungan NASH

0
164

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (bersongkok) telah menerima kunjungam hormat daripada Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (National Association of Smallholders Malaysia (NASH)) dan Persatuan Pekebun Kecil Sawit Negeri Sabah di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.

NASH diketuai oleh Presidennya, Dato’ Haji Aliasak Haji Ambia (tiga dari kiri) dan Setiausaha Agung, Haji Adzmi Hassan (dua dari kiri). Sementara Persatuan Pekebun Kecil Sawit Sabah diketuai oleh Presidennya, Saini Saliman (empat dari kiri) dan jawatankuasanya.

Turut hadir ialah Pengarah Pertanian Negeri, Datuk Idrus Shafie (empat dari kanan).

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri telah diberi taklimat berhubung peranan Jabatan Pertanian Sabah dalam membantu penubuhan persatuan pekebun kecil sawit di Sabah dan perbincangan serius ke arah menjadi Persatuan Pekebun Kecil Sawit Sabah sebagai ahli gabungan NASH serta persijilan wajib Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) untuk pekebun-pekebun kecil di Sabah.

Sehubungan itu, Yahya menggalakkan pekebun-pekebun kecil sawit di Sabah agar menyertai persatuan itu agar suara mereka dapat didengar oleh Kerajaan.

“Dengan menjadi ahli gabungan NASH sudah pasti banyak faedah yang dapat dinikmati oleh anggota pekebun kecil sawit di Sabah kerana Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mencari jalan membantu para pekebun kecil di negara ini”, tambahnya. -pr/BNN