Masyarakat perlu berhati-hati guna ICT-Matbali

0
Matbali menerima cenderahati daripada Sabarinus
Sabarinus memberikan penerangan kepada Matbali

WESTON: Dizaman era globalisasi ini masyarakat perlu berhati-hati dalam menggunakan internet agar hanya mengambil perkara-perkara yang positif sahaja, dan tidak terpedaya dengan unsur negatif, Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Encik Matbali Musah.

“Banyak unsur negatif yang perlu dihindari yang boleh merosakkan minda belia-belia dan anak-anak.   Kita perlu bertindak bijak dan hanya mengambil mana-mana maklumat dan bahan-bahan yang unsur positif sahaja.
“Jangan mudah terpengaruh dengan unsur negatif seperti melayari laman laman yang berunsur negatif ,terpengaruh dengan fitnah,kumpulan pengganas dan sebagainya kerana ianya mendatangkan keburukkan pada diri sendiri, masyarakat dan negara”, katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Weston, hari ini.
Matbali berkata, “syukurilah nikmat Pusat Internet yang disediakan oleh Kerajaan  untuk digunapakai sebagai suatu acces untuk memudahkan kita mendapat maklumat terkini.
“Oleh itu,Ibu bapa juga perlu mengawasi anak-anak daripada keterlaluan menggunakan internet seperti Handphone kerana kalau tidak diawasi ianya bukan saja melalaikan anak-anak tetapi dibimbangkan mereka akan terjebak kepada fahaman unsur negatif”, tegasnya.
Beliau juga berharap kepada pegawai-pegawai yang menjaga Pusat Internet ini agar sentiasa mengawasi belia dan anak-anak yang menggunakan Internet agar mereka hanya mengakses maklumat Positif.
“Masyarakat Weston sudah tentunya sangat beruntung kerana telah memiliki Pusat Internet ini selain Kampung Lubok dan Gadong kerana ianya memberikan kemudahan kepada belia-belia khususnya kepada pelajar-pelajar dalam menggunakan komputer dan Internet kerana ianya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan Pusat Internet Swasta”katanya
Hadir sama Pengurus Operasi Nusawara Teknolgies Sdn.Bhd.,Pengerusi Persatuan Nelayan Teluk Padas Masri Hj Latif,Penasihat Panel Kesihatan Abd Aziz Lajim dan Pengerusi Pusat Internet Weston Zainal Abidin Omarali.
Beliau berkata di Pusat Internet juga turut menyediakan pula penggunaan internet secara percuma kepada para pelajar untuk mempelajari cara-cara menggunakan komputer.
“kursus-kursus yang akan disediakan mengikut jadualnya dengan bantuan guru-guru internet secara percuma itu perlu diambil oleh setiap belia dan anak-anak untuk mempelajari ilmu dalam siber kerana didalamnya banyak mengandungi ilmu yang amat berguna”,katanya.-pr/BNN