Kolej SIDMA Sabah dan Sarawak sertai UNIRAZAK

0
143
PERTUKARAN DOKUMEN ...menunjukkan pertukaran dokumen MOA di antara CEO SIDMA Sabah, Azizah Khalid Merican, CEO SIDMA Sarawak, Hajah Dayang Sofia dan Timbalan Canselor, UNIRAZAK Prof. Dr. Zulkifflee Mohamed, di saksikan oleh Prof. Dr Morni dan juga Amil Hamzah.

KOTA KINABALU: Kolej SIDMA Kota Kinabalu dan Kolej SIDMA Kuching dimeterai melalui Memorandum Persetujuan (MoA) khusus Bagi Program Pendidikan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Timbalan Canselor, UNIRAZAK Prof. Dr. Zulkifflee Mohamed berkata sebagai salah sebuah universiti swasta yang pertama di Malaysia, UNIRAZAK sentiasa mencari peluang untuk kekal inovatif dan dihadapan dari segi akademik, pengurusan dan juga tenaga pengajar di kesemua fakulti UNIRAZAK.

Katanya adalah menjadi keutamaan kami untuk terus mengorak langkah dalam memberikan pembelajaran yang komprehensif dan memastikan graduan UNIRAZAK relevan dengan permintaan pasaran kerja serta memperluaskan falsafah UNIRAZAK kepada semua pelajar lepasan sekolah menengah di seluruh Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak.

“Bagi mencapai matlamat dan strategi yang telah di rancangkan, kami memerlukan sokongan dan juga kerjasama strategik dari sebuah institusi pengajian yang bukan sahaja mempunyai kredibiliti di Sabah dan Sarawak tetapi misi kami adalah mencari sebuah institusi yang mempunyai falsafah yang sama seperti kami.

“Kolej SIDMA Sabah dan Sarawak yang diketuai oleh Prof. Dr. Morni Kambrieadalah satu pilihan yang amat tepat untuk kolaborasi strategik ini. Kami amat kagum akan kredibiliti, semangat dan kecintaan yang ditonjolkan oleh Kolej SIDMA di bawah naungan Prof. Dr. Morni dalam setiap urusan sama ada hal ehwal pelajar, pembelajaran, tenaga pengajar dan juga pengurusan mereka,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa  Memorandum Persetujuan (MoA) khusus Bagi Program Pendidikan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Kota Kinabalu semalam.

Menurutnya apa yang diterapkan oleh Prof. Dr. Morni menjadi contoh bukan sahaja kepada kami, malah kami jadikan dia satu inspirasi kerana berbekalkan semangat dan visi yang utuh, Dr. Morni berjaya membangunkan kredibiliti Kolej SIDMA sehingga menjadi sebuah kolej terkemuka di Sabah dan Sarawak terutamanya bagi program Pendidikan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Jelasnya, bahawa UNIRAZAK merupakan rakan strategik tunggal bagi Kolej SIDMA dalam menawarkan kemudahan dan kerjasama bagi program Pendidikan dan juga Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

“Kerjasama ini bukan sahaja terhad kepada memberikan peluang bagi pelajar jurusan tersebut melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah di UNIRAZAK.

“Kami memperluaskan skop kerjasama ini kepada segenap aspek seperti sokongan terhadap aktiviti dan hal ehwal pelajar, pertukaran tenaga kerja serta pelajar antara Kolej SIDMA dan UNIRAZAK, penghasilan kempen penjenamaan, pemasaran dan komunikasi dan juga kolaborasi akademik.

Terjalinnya kerjasama atau lebih mesranya persahabatan strategik ini, adalah satu penghargaan kepada kami di UNIRAZAK. Ini kerana kompetensi dan kecintaan terhadap industri pengajian tinggi, dan juga semangat yang kami rasai dari Kolej SIDMAmenjadikan persahabatan ini sebuah kerjasama yang bakal membawa perubahan besar dan yang paling utama, memberi impak positif kepada para pelajar,” tambahnya.

Sementara itu, Pengasas dan Pengerusi, Kolej SIDMA Prof. Dr. Morni Kambrie berkata, Kolej SIDMA menerima undangan dari UNIRAZAK, beliau amat berbangga dan berterima kasih kerana UNIRAZAK bukan calang-calang universiti dan ini menjadi satu pengiktirafan buat kami di SIDMA College.

“Secara peribadi, saya melihat perkongsian strategik ini sebagai kolaborasi yang sekufu dan setara. UNIRAZAK dan Kolej SIDMA berkongsi nilai dan aspirasi yang sama, serta berkongsi visi untuk menjadi yang terbaik dan memberikan yang terbaik kepada pelajar dan masyarakat secara amnya.

“Keputusan untuk bekerjasama dengan UNIRAZAK adalah keputusan yang saya tahu akan membolehkan Kolej SIDMA berkembang dengan lebih hebat lagi serta menambah baik reputasi kami yang semakin dikenali diseluruh Sabah Sarawak dalam menawarkan graduan berkualiti tinggi yang mempunyai Diploma Pendidikan dan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak,” katanya.

Tegas Dr Morni dengan usahasama UNIRAZAK bersama pihak Kolej Sidma Sabha, ianya dapat mendorong pelajar Diploma untuk meneruskan matlamat akademik mereka bagi mendapatkan Ijazah Sarjana Muda di UNIRAZAK.-pr/BNN