Pilih bidang sesuai dengan pasaran kerja

0
263
Menunggu untuk berbuka puasa.

KOTA KINABALU: Pelajar perlu memilih bidang pengajian yang bersesuaian bagi memastikan kebolehpasaran mereka dalam industri setelah menamatkan pelajaran kelak, kata Ketua Srikandi Bersatu Kota Marudu, Datuk Redonah Bahanda.

Beliau berkata tindakan pelajar memilih jurusan pengajian mengikut rakan sebaya hanya akan memudaratkan mereka apabila menamatkan pengajian itu kelak.

“Sehubungan itu, saya amat berharap pelajar yang berpeluang melanjutkan pengajian ke universiti awam dan swasta memilih bidang sesuai bagi mengisi keperluan pasaran kerja terkini.

“Kegagalan pelajar memilih bidang sesuai dan berpotensi tinggi pada pasaran kerja akan mengundang kepada masalah pengangguran,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa Berbuka Puasa Bersama Pelajar Unitar di di sini semalam.

Menurut Redonah lagi, kebanyakan graduan yang menganggur sekarang adalah kerana tersalah pilih jurusan sedangkan terdapat industri yang lebih menginginkan pekerja berkemahiran tinggi.

Beliau turut menekan mengenai golongan graduan yang baru tamat pengajian mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang perubatan, undang-undang dan kejuruteraan turut menceburi bidang pekerjaan berkaitan seni dan keusahawanan.

“Apa yang berlaku ini tidak mungkin akan menjadi satu trend yang tidak baik, sambil menegaskan bahawa kemahiran yang dibangunkan ketika mereka belajar boleh dimanfaat dan terpakai dalam kebanyakan bidang lain.

“Penambahan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) saban tahun menjadikan bilangan graduan lepasan ijazah di negara ini kian meningkat.

Walaupun ramai graduan yang bekerja mengikut program pengajian yang dipilih namun ada sesetengahnya menceburi alam pekerjaan di luar pengajian mereka. Situasi graduan bekerja di luar bidang adalah normal dan bukan perkara baru,” tambah beliau lagi.-pr/BNN