Program ziarah BERSATU Kasih Ramadan ceria golongan Asnaf

0
Sumbangan.....Aminah menyampaikan barang asas kepada kepada golongan fakir miskin pada Program Ziarah Bersatu Kasih Ramadan anjuran Srikandi Bersatu Kudat

KUDAT: Seramai 50 golongan miskin dan asnaf diberi sumbangan barangan asas semasa Program Ziarah Bersatu Kasih Ramadan anjuran Srikandi Bersatu Kudat di Kudat semalam.

Program itu diketuai oleh Ketua Srikandi Bersatu Kudat, Datuk Aminah Ambrose dengan disertai timbalannya, Norlizah Datuk Gurahman serta jawatankuasa Srikandi Bersatu Kudat.

Antara barangan yang diagihkan termasuk beras, minyak masak, gula dan tepung dengan nilai setiap pek bantuan dianggarkan RM50. Ini sebagai bantuan untuk meringankan beban golongan itu menyambut bulan Ramadan. Program ini telah diadakan di setiap 191 bahagian dan Parlimen di seluruh negara, termasuk Sabah anjuran Srikandi Malaysia.

Program Ziarah Bersatu Kasih Ramadan telah berziarah ke kampung-kampung bermula dari Kg. Batu 16 Sikuati, Kg. Korina, Kg. Sak Fu, PPR Taman Ehsan, Kg. Pantai Bahagia, Kg. Pengaraban, Kg. Tanjong Kapor, Kg. Perpaduan dan yang terakhir Kg. Landung Ayang Laut, Kudat.-pr/BNN