10 golongan Asnaf terima sumbangan

0
Sumbangan....Norlizah bersama ahli jawatankuasa Srikandi Bersatu Kudat menyampaikan sumbangan di di Kampung Tampakan dan Kampung Limau Limauan, Kudat semalam.

KUDAT: Sempena Ramadan ini banyak pihak yang mengambil berkat untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang kemampuan. Dalam kesyahduan menyambut Ramadan serta kegirangan menanti Syawal, golongan yang kurang berkemampuan tidak disisihkan dalam persiapan menjelangnya Adil Fitri ini, dapat  dirasai dan dikongsi oleh semua lapisan umat Islam termasuklah golongan asnaf, fakir dan miskin di kawasan Parlimen Kudat.

Program Ziarah Bersatu Kasih Ramadan telah berjalan sepanjang ramadan ini dengan memberi bantuan di ketuai Timbalan Ketua Penaja Srikandi Bersatu Kudat, Norlizah Datuk Gurahman serta ahli jawatankuasanya di Kampung Tampakan dan Kampung Limau Limauan, Kudat semalam.

Bantuan berbentuk keperluan asas seperti termasuk beras, minyak masak, gula dan tepung dengan nilai setiap pek bantuan dianggarkan RM50. Ini sebagai bantuan untuk meringankan beban golongan itu menyambut bulan Ramadan.

Ramadan harus digunakan oleh umat Islam dan warga masyarakat di daerah ini dengan memberi bantuan kepada yang memerlukan, termasuk golongan yang kurang berkemampuan, agar mereka dapat turut menyambut Aidilfitri seperti orang lain.-pr/BNN