400 golongan Asnaf terima sumbangan

0
188
Sumbangan...Gurahman menyerah sumbangan beras dan duit kepada salah seorang penerima

KUDAT: Zakat mempunyai kaitan rapat dengan persoalan ekonomi khususnya bagi memastikan prinsip keadilan dari segi pengagihan kekayaan dalam sesebuah masyarakat.

Sebagai Rukun Islam keempat, zakat telah menjadi alat dasar fiskal untuk membantu nasib golongan fakir dan miskin seterusnya mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan.

Hikmah disyariatkan zakat bagi membantu golongan yang memerlukan amat besar dan ini dapat dilihat dalam situasi kehidupan pada hari ini. Antaranya adalah dalam membantu anak-anak golongan asnaf mendapat pendidikan dan peluang untuk menuntut ilmu yang sama seperti kanak-kanak lain yang lahir dalam keluarga berharta.

Semalam di daerah Kudat kira-kira 400 golongan asnaf terdiri balu, fakir, miksin, kurang upaya dan anak yatim menerima sumbangan raya dan beras daripada seorang usahawan yang berjaya daripada daerah Kudat Datuk Gurahan Haji Lolong.

Sumabangn tersebut merupakan zakat beliau terhadap golongan asnaf yang ada di sekitar daerah Kudat. Program ini bertujuan menzahirkan rasa simpati bagi meringankan beban golongan tersebut menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Gurahman, bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mereka dan memberi sedikit kegembiraan diwajah mereka.

Hadir sama Timbalan Ketua Srikandi Bersatu Kudat, Norlizah Datuk Gurahman serta ahli jawatakuasanya.-pr/BNN