Ziarah kasih Ramadan sedekati orang kurang kemampuan

0
161
Sumbangan.....Redonah menyampaikan sumbangan ekpada golongan asnaf di Kota Marudu.

KOTA MARUDU :Kedatangan Ramadhan yang dinanti-nantikan oeh setiap umat Islam, sebagai bulan pengampunan dan rahmat, disambut dengan penuh kesyukuran dan tawaduk. Sempena kehadirannya Ramadan 1440H.

Dalam bulan ramadan ini, Srikandi Bersatu Kota Marudu telah mengadakan Program Ziarah Kasih Ramadan di sekitar daerah Kota Marudu. Antara penyerahan bubur lambuk di Kampung Masolog, penyerahan sumbangan kepada 50 golongan asnaf di Surau Kampung Simpangan Kota Marudu, penyerahan sumbangan di Langkon pancur, dan 53 asnaf di Masjid Nur ain Kampung Tambung, Kota Marudu.

Program ini diketuai oleh Ketua Srikandi Bersatu Kota Marudu, Dato Redonah  Bahanda serta ahli jawatakuasanya.

Redonah berkata berkata, sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan sebagai tanda ingatan dan tanggungjawab kepada golongan tersebut.

Katanya, sebagai masyarakat yang merayakan pelbagai perayaan, golongan-golongan itu biasanya tidak akan dilupakan supaya mereka juga dapat meraikan Aidilfitri seperti orang lain.

Menurutnya, nasib mereka sentiasa mendapat perhatian daripada banyak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Walaupun sumbangannya sedikit tetapi ia cukup besar kepada golongan seperti itu dan berharap masyarakat turut sama membantu golongan yang memerlukannya,” katanya.-pr/BNN