Pertandingan reka etnik Sabah 2019/2020

0
231
Rahmahjan (tengah) bersama Joanna Kitingan (kanan) dan Amisah pada sidang akhbar itu.- Foto Liaw Sin Kuang

KOTA KINABALU: Pereka fesyen di Sabah dipelawa menyertai Pertandingan “Sabah Ethnic Couture Design Competition 2019/2020 yang julung kali diadakan di negeri ini.

Pertandingan itu dibahagi kepada 2 kategori iaitu “Traditional Costume of Sabah” dan “contemporary evening wear” bermotifkan etnic Sabah.

Pertandingan itu adalah anjuran RJ Couture bersama KDCA Women’s Council, menawarkan hadiah berupa wang tunai RM5 ribu, trofi dan sijil  bagi pemenang johan.

Naib johan akan menerima hadiah wang tunai RM4 ribu, trofi dan sijil. Manakala tempat ketiga akan menerima hadiah wang tunai RM3 ribu dan sijil.

Pengasas RJ  Couture, Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan berkata, 3 pemenang utama daripada 20 rekaan yang terpilih akan di showcase di pertunjukkan fesyen di London.

Katanya, penyertaan untuk pertandingan itu dibuka sejak 5 Julai 2019 dan tarikh tutup penyertaan pada 30 November 2019. Yuran penyertaan yang dikenakan ialah sebanyak RM600.00 bagi setiap kategori.

“Pertandingan bagi pusingan pertama akan diadakan pada 7 Disember 2019, pusingan kedua pada 11 Januari 2020. Manakala pertandingan akhir pada 14 Mac 2020”, katanya pada sidang media di pejabatnya di K.K Times Square, hari ini

Turut hadir ialah Pengerusi KDCA Women’s Council, Puan Joanna Kitingan, Penasihat Pertandingan, Datuk Amisah Yassin dan ahli jawatankuasa penganjur.

Sementara itu Joanna Kitingan berkata, pertandingan itu merupakan peluang keemasan  kepada para pereka fesyen di Sabah untuk menunjukkan bakat dan rekaan unik mereka.

“Mereka perlu merebut peluang ini untuk melangkah lebih jauh lagi dalam dunia rekaan fesyen. Pertandingan ini merupakan batu loncatan kepada mereka untuk menembusi pasaran luar dan antarabangsa.

“Ini kerana rekaan terbaik akan ditampilkan dalam pertunjukkan fesyen di London atas inisiatif RJ Couture bersama rakan niaganya di sana”, jelasnya.

Para pereka fesyen di Sabah yang berminat menyertai pertandingan itu boleh mendapatkan keterangan lanjut daripada Ms.Alice -0111602768 atau email rjcouture2019@gmail.com.-pr/BNN