Azizah lawat gerai jualan

0
647
Azizah melawat gerai pameran di KUD Zon Sabah Dewan Kompleks Sukan Likas hari ini.

KOTA KINABALU:Seramai 350 usahawan seluruh Malaysia berhimpun dalam Karnival Usahawan Desa Zon Sabah bemula semalam (22 Ogos) dan berakhir pada 25 Ogos ini di Kompleks Sukan Likas.

KUD Zon Sabah menghimpunkan 80 peratus daripadanya adalah usahawan tempatan Sabah yang terdiri daripada usahawan di bawah KPLB Sabah, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan Industri serta usahawan lain di bawah kementerian negeri.

Pada karnival tersebut sebanyak 10 gerai akan mempamerkan hasil produk daripada Srikandi Bersatu Sabah yang terdiri usahawan wanita dari luar bandar.

Ketua Srikandi Bersatu Sabah Datuk Azizah Mohd Dun turut melawat gerai-gerai jualan yang menjual produk-produk tempatan yang diusahakan oleh usahawan wanita dari seluruh Sabah sambil memberi kata-kata semangat.

Menurut beliau melalui karnival usahawan desa ini dapat meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk luar bandar serta menerokai peluang pasaran baharu yang lebih besar sama ada dalam atau luar negara dengan pengurusan pemasaran secara sistematik.-pr/BNN