80 sertai hiking daki Bukit Kopungit sempena Merdeka

0
225
Kelihatan, Azuan (barisan hadapan, empat dari kanan) bergambar bersama peserta Program Kembara Hiking Bukit Kopungit, Kepayan.

KOTA KINABALU: Seramai 80 peserta telah menyertai  Program Kembara Merdeka Hiking Bukit Kopungit, Kepayan, Kota Kinabalu sempena Hari Merdeka 2019 yang diadakan di sini, hari ini  (1 September 2019).

Program itu dianjurkan oleh Pertubuhan Pencegahan Dadah dan Jenayah Sabah (PPDJS) Zon Kota Kinabalu yang diketuai oleh  Encik Azuan bin Ruzfah.

Katanya program itu bukan sahaja disertai oleh ahli-ahli PPDJS malah masyarakat di sekitar Kota Kinabalu, termasuk pelajar sekolah.

Para peserta membawa Galur Gemilang dan bendera Sabah mendaki Bukit Kopungit yang kemudiannya mengibarkannya di puncak bukit disertai dengan nyanyian lagu “Negara Ku” dan “Sabah Tanah Air Ku”.

“Mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah di puncak Bukit Kopungit sebagai simbolik penyemarakkan obor dan semangat kemerdekaan”, jelasnya.

Turut hadir ialah Pengerusi PPDJS Encik Jofri Ebrahim.-pr/BNN