Rakyat perlu pertahankan kemerdekaan negara -Matbali

0
189
Matbali mengetuai konvoi bermotor di majlis itu

BEAUFORT: Rakyat perlu menghayati dan memahami betapa kemerdekaan yang dinikmati saat ini perlu terus dipertahankan sebaik mungkin, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Encik Matbali Musah.

Katanya, kemerdekaan negara  telah membolehkan rakyat pelbilang kaum hidup dalam suasana aman, damai dan makmur tanpa diganggu oleh penjajah.

“Kita yang ada hari ini sebenarnya hanya sekadar mengisi kemerdekaan ini”.

“Kita perlu memahami dan menghayati betapa Kemerdekaan ini perlu dipertahankan sebaik mungkin agar setiap rakyat berbilang kaum dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni”, katanya.

Matbali berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari  Kemerdekaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kukut/Sabandar Padas Damit 2019 di Padang Kukut Gemilang, semalam.

Matbali yang juga Pengerusi Biro Pendidikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah berkata, rakyat di negara ini perlu bersyukur kerana dapat meraikan sambutan Hari Kemerdekaan setiap tahun di bumi merdeka ini

“Kemerdekaan yang kita nikmati adalah basil perjuangan pemimpin dan pejuang masa lalu sehingga kita bebas daripada belenggu penjajahan”, katanya.

Matbali (enam dari kanan) bersama masyarakat kampung di majlis sambutan itu.

Beliau turut mengingatkan rakyat agar tidak menimbul isu-isu sensitif yang menyentuh soal agama dan bangsa sehingga boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum.

“Elak daripada menyentuh atau mempertikai sesama sendiri isu-isu sensitif seumpama itu yang
akhirnya boleh memporak perandakan negeri dan negara tercinta ini”, tegasnya.

Sementara itu, Matbali turut menyantuni jemputan Majlis Solat Sunat Hajat, Baca Surah Yasin dan Penghayatan Mohon Restu Pelajar-Pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) Gadong yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019.-pr/BNN