Katanya, ini berdasarkan sambutan dan penyertaan beramai-ramai belia negeri ini dalam Armada Bersatu di bahagian-bahagian seluruh negeri.
“Sebagai contoh di bahagian Kinabatangan, penerimaan belia terhadap Armada begitu positif dan sangat menggalakkan. Setiap hari ramai belia yang memohon menyertai Armada.
“Armada merupakan platform terbaik bagi pendedahan awal kepemimpinan kepada golongan belia.”
“Armada Bersatu adalah inklusif dan membuka ruang yang cukup luas kepada golongan belia untuk memimpin”, katanya dalam kenyataan, hari ini.
Johainizamshah yang juga Pengerusi Biro Belia dan Sukan Armada Bersatu Sabah berkata, Armada memberi peluang kepada golongan belia untuk bersama-sama pimpinan yang lain bergerak ke hadapan.
Katanya, penyertaan golongan belia dalam Armada begitu penting, selaras dengan keputusan kerajaan yang menetapkan belia yang berusia 18 tahun layak mengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Beliau berkata, belia merupakan pemimpin pelapis dalam menentukan masa depan negara yang perlu diberi satu medium sebagai persediaan untuk memimpin negara, bermula dari sekarang dan untuk masa depan.
“Kita harus melakukan gerak kerja yang berterusan kerana amat penting untuk mendekati generasi belia ini bagi menghadapi PRU yang akan datang, memandangkan masa depan negara akan ditentukan oleh mereka nanti”, tegasnya.
Sementara itu, ketika berucap pada Karnival Sukan sempena Hari Kemerdekaan 2019 yang diadakan di Dataran Kampung Paris 1 dekat sini, Johainizamshah berkata, program itu akan diteruskan kerana ia merupakan kunci utama untuk memenangi hati belia.
“Sukan merupakan platform penting dalam menggalakkan penyertaan belia dalam parti politik terutamanya parti BERSATU.
“Lebih penting lagi ialah dapat mengeratkan lagi silatulrahim di antara semua lapisan masyarakat”, tegasnya.
Antara pengisian Karnival Sukan itu ialah pertandingan Futsal, bola tampar lelaki dan wanita, pertandingan mewarna kanak-kanak, Beyblade, Karaoke kategori kanak-kanak dan dewasa.-pr/BNN