NGO Mamagun Nafikan Kewujudan Adat Berian Sampai Mati Dalam Suku Murut

0
228
Rudy Sulaiman Mairi

TENOM: Pertubuhan NGO Mamagun Sabah (Mamagun) memandang serius penerbitan telemovie mahupun dokumentari bertajuk “Berian Sampai Mati” yang melibatkan adat suku Murut tanpa kebenaran atau kelulusan daripada pihak yang arif berkaitan adat istiadat Murut  disifatkan sebagai percubaan untuk memesongkan fakta adat yang sebenar.

Presidennya, Rudy Sulaiman Mairi (pic) berkata, sebarang usaha untukmenerbitkan dokumentari atau telemovie sebagai tontonan umum tidak menjadi halangan namun pihak penerbit haruslah mendapatkan pandangan atau nasihat daripada pihak yang arif dengan adat khususnya Mahkamah       Anak Negeri (MAN) terlebih dahulu, katanya.

Rudy berkata, Mamagun tidak ada halangan untuk memberi sokongan kepada mana mana pihak untuk menggunapakai adat dan senibudaya suku Murut sebagai penerbitan dokumentari atau telemovie asalkan penggunaan slot adat tidak diubah ataupun dipesongkan kepada maksud asal adat itu, katanya.

“ Kita bimbang bahawa sekiranya ia dipesongkan sudah tentu maksud dan pengertian adat telah lari daripada maksud asalnya, dan keadaan inijika dibiarkan akan mencacatkan maksud adat istiadat dan pasti ianyaakan menular kepada generasi baharu yang belum  memahami dan  mengenali perjalanan adat istiadat.

“ Pernah suatu ketika dahulu (sebelum pilihanraya umum ke-14) Dewan Bahasa dan Pustaka juga pernah dikenakan sogit kerana kesilapan menerbit fakta dalam buku sejarah tingkatan satu berhubung pengurusan pengkebumian jenazah suku Murut…dimana selain sogit dikenakan malah buku buku yang telah diedarkan telah ditarik balik oleh DBP,” katanya dalam satu kenyataan disini pada Rabu.

Rudy berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas usaha penerbit tayangan “Telemovie Berian Sampai Mati” yang akan disiarkan disaluran TV OKEY( Astro 109) pada 21 September 2019 akan datang ini.

Bagaimana pun, difahamkan pihak RTM telah menangguhkan siaran telefilem itu atas perbincangan awal pihak RTM dengan bekas Adun Kemabong yang juga Presiden Persatuan Murut Sabah (PMS) Datuk Rubin Balang baru baru ini, untuk memberi ruang perbincangan dengan ketua ketua adat suku kaum Murut terlebih dahulu.

Sementara itu, Rudy turut sependapat dengan Presiden PMS Datuk Rubin Balang agar pihak yang bakal menerbitkan dokumentari atau telemovie hendaklah terlebih dahulu mendapatkan pandangan atau nasihat daripada PMS atau persatuan persatuan Murut lain yang berkenaan agar   sebarang penerbitan yang dihasilkan tidak menyebabkan kemarahan kepada masyarakat Murut.

Sebelum ini, pelbagai pihak khususnya masyarakat Murut negeri ini telah menyuarakan bantahan di media sosial mengenai tayangan telemovie  itu yang tidak menggambarkan adat suku kaum itu, selain meminta penerbit telemovie itu perlu menghormati adat istiadat suku kaum Murut negeri ini, dan berharap perkara itu tidak akan berulang di masa akan datang.-pr/BNN