Hajiji lepaskan peserta NCT Fun Ride dan Charity

0
148
Hajiji melepaskan peserta NCT Fun Ride and Charity.

KOTA KINABALU: AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah melepaskan peserta Nongkolud Cycling Team (NCT) Fun Ride & Charity sempena sambutan Hari Malaysia di Perkarangan Astaka Majlis Daerah Tuaran, hari ini.

Program itu  disertai oleh  kira-kira 400 peserta termasuk dari Lawas (Sarawak), Wilayah Persekutuan Labuan dan negara Brunei Darulsalam melibatkan jarak kira-kira 40 kilometer.

Program itu adalah anjuran bersama NCT dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Tuaran.

Hajiji yang juga Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah berkata, Hari Malaysia adalah hari yang bersejarah bagi rakyat Sabah kerana pada tarikh 16 haribulan September, maka terbentuklah negara Malaysia yang tercinta.

“Program itu merupakan salah satu cara rakyat di Tuaran dan daerah-daerah lain yang menyertai kayuhan basikal, terjemahkan kecintaan dan kasih sayang kepada negara. Tiada yang lain negara kita, selain Malaysia”, tegasnya.

Katanya, dengan penganjuran program itu akan bertambah meriah lagi sambutan Hari Malaysia daerah Tuaran.

“Ini merupakan program yang cukup baik yang perlu kita dokong dan sokong, selain program dan ativiti lain yang dianjurkan di daerah Tuaran”, tegas Hajiji.

Turut hadir Ketua Polis Daerah, DSP Mohd.Hamizi Halim yang turut menyertai kayuhan basikal, Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tuaran, Abdul Kassim Haji Razali, Pengerusi NCT, Encik Ramlee Salleh dan Pegawai KBS Tuaran, Encik Bexter Jilan.-pr/BNN