KOTA MARUDU: Ketua Penyelaras Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Tandek, Dato’ Dr. Janathan Kandok, telah mengadakan lawatan mesra menemui rakyat di Tamu Kampung Mosolog hari ini.

Program santai berkenaan menyaksikan beliau meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan para peniaga, penjaja serta pengunjung tamu tempatan.

Lawatan ini bertujuan untuk mendengar secara terus aspirasi, pandangan dan keperluan masyarakat di peringkat akar umbi.

Ketibaan Dato Dr. Janathan disambut hangat oleh komuniti tempatan.

Beliau diiringi oleh barisan kepimpinan utama PGRS Bahagian Tandek, Singan Lingkubang, Timbalan Ketua PGRS Tandek, Siti Fatimah Majingkal, Ketua Beliawanis PGRS Tandek, Helijah Haris – Pemaju Masyarakat, Datuk George Sangkin (AJK), Datuk Abd Latiff Kandok  (AJK), Ketua Anak Negeri Magimbal Ibun (AJK), Puan Rita Hamdan  (AJK).

Lawatan tersebut diketuai Datuk George dan diselaraskan Magimbal. Turut hadir Oneh Latifah Osman, Tokoh Momogun Kimaragang.

Dalam lawatan tersebut, Dr. Janathan yang juga Timbalan Ketua Bahagian PGRS Kota Marudu dan kepimpinan PGRS Tandek sempat bertukar-tukar pandangan dengan peniaga mengenai aktiviti ekonomi setempat serta kebajikan penduduk Kampung Mosolog dan kawasan sekitarnya.

Komitmen kepimpinan PGRS Tandek dalam mendekati rakyat secara berterusan ini mencerminkan kesungguhan parti untuk memastikan kebajikan serta pembangunan sosioekonomi penduduk di kawasan Tandek sentiasa diberi perhatian utama.-pr/BNN