Belanjawan 2020 gagal penuhi aspirasi Rakyat-Jainab

0
Datuk Jainab Ahmad Ayid

KOTA KINABALU : Pembentangan Belanjawan 2020 kerajaan Pakatan Harapan ternyata gagal memenuhi aspirasi Rakyat kata Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Dr.Hjh Jainab Ahmad Ayid.

“Sepertimana Manifesto nya terdahulu yang nyata gagal, begitu jugalah Belanjawan yang baru saja dibentangkan 3 hari lalu.

Rakyat secara keseluruhannya kecewa dengan Belanjawan kali ini malah turut terkesan juga kepada pengundi pengundi PH yang menyokong mereka dahulu, ” kata Jainab.

Jainab turut beranggapan bahawa Belanjawan kali ini lebih tertumpu kepada keuntungan Developer dan orang luar dari memikirkan kebajikan masa depan Rakyat tempatan.

Baca dengan teliti Belanjawan 2020 berkenaan dan kesan ketidakseimbangan dalam agihan yang lebih memihak kepada pihak lain.

Ia seolah-olah membelakangi kepentingan rakyat, katanya lagi.

Menurut mantan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah itu, lebih mengecewakan jika kembali mengenang janji-janji mereka di PRU lepas untuk mengembalikan hak-hak negeri Sabah dan hak-hak Bumiputera, langsung tidak di pandang serius.

“Ini membawa maksud bahawa kerajaan hari ini memandang ringan hal tersebut sedangkan rakyat sangat-sangat mengharapkan perubahan Sepertimana yang mereka laung-laungkan dulu.

Bila ini terjadi, nyatalah bahawa kerajaan hari ini berbohong menipu rakyat semata-mata mahu memancing undi,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, menurut Jainab, tindakan kerajaan meneruskan dasar   dan Pembangunan yang dirancang oleh kerajaan terdahulu di sambut baik seperti contohnya Projek Pan Borneo.

” Sebagai pembangkang, tidak semua yang boleh kita kritik terhadap kerajaan kerana ada juga hal-hal tertentu seperti penerusan plan pembangunan yang pernah kerajaan terdahulu rancangkan dan kita menyambut baik kerana ianya memberikan impak dan kebaikan untuk Rakyat, ” katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan agar kembali memberikan ruang kepada kaum Wanita dalam arus pembangunan dan sosio ekonomi Sabah.

” Saya berharap agar kerajaan menitipkan sedikit fokus kepada golongan Wanita supaya segala plan yang pernah di buat dan dirancang sejak dulu dapat diteruskan serta ditambahbaikkan lagi agar golongan Wanita ini tidak jauh tertinggal dalam arus Perdana.

Memang ada penambahan bagi insentif golongan Wanita tetapi dari segi perlaksaannya kelak,kita belum tahu lagi.

Namun usaha-usaha bersepadu dan serius ke arah pembangunan wanita dalam industri professional belum lagi didedahkan khususnya ke arah tujuan latihan atau kursus berkemahiran,ujarnya lagi.

“Ini negara kita… Jangan benarkan kita di tipu terus menerus… Hak-hak kita beransur-ansur di hakis sedikit demi sedikit dan ianya bermula apabila Bantuan Sara Hidup dikurangkan, bantuan persekolahan dimansuhkan dan harga barangan semakin mahal.

Bagi saya, Belanjawan 2020 ini secara diam-diam menidakkan orang melayu dan mengelirukan rakyat meskipun terdapatnya peruntukan bagi Bumiputera tetapi kaum cina pula yang mendapat lebih besar.

Bukankah lebih baik jika peruntukan tersebut disamaratakan mengikut kaum sedangkan kita juga mahu bersama-sama dengan kaum yang lain dalam usahasama, perniagaan Dan sebagainya,” Menurutnya lagi.-pr/BNN