Hajiji Rasmi “Healthy and Bright Kids Carnival”

0
567
Hajiji memukul gong bagi merasmikan karnival itu-Foto Azman Masdis
TUARAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah merasmikan program “Healthy and Bright Kids Carnival” Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Negeri Sabah Tahun 2019 di Dewan PPR Taman Sri Rugading, Tuaran, hari ini.
Hajiji menyampaikan hadiah kepada pemenang dimajlis itu-foto Azman Masdis
Beliau yang juga Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysian (Bersatu) Sabah berkata,  penganjuran karnival itu amat bertepatan bagi meningkatkan tahap kesedaran ibu bapa mengenai amalan penjagaan kesihatan sepanjang masa.
Hajiji yakin dengan tahap kesihatan yang baik, kanak-kanak tadika KEMAS mampu mengikuti aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan dengan baik.
Terdahulu, beliau turut melawat gerai pameran pelbagai agensi yang mengambil bahagian dalam karnival tersebut.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS Sabah, Encik Mohamad Abu Bakar, Leftenan Muda Maritim ( B ) Awal Kamsari ( Wakil Pegawai Daerah ), Insp. Alvin Rajah ( Wakil Ketua Polis Daerah Tuaran ) dan Encik Yunus Hj Idris, Timbalan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tuaran.-pr/BNN