Pendaftar Pertubuhan Peladang perlu siasat Nafas

0
356
Datuk Abd Lateh Haji Mohd.Saman.

KEDAH: Pendaftar Pertubuhan Peladang (PP) diminta menjalankan siasatan berhubung dakwaan bahawa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah melantik Ahli Jemaah Pengarah (AJP) dan seterusnya melantik orang yang sama menjadi staff  Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Kedah, Datuk  Abd Lateh Haji Mohd.Saman berkata,  Ketua Pengarah LPP yang juga Pendaftar Pertubuhan Peladang Malaysia perlu menjalankan siasatan dakwaan yang telah disuarakan oleh beberapa PPK dan PPN.

Katanya, dia telah menulis surat  secara rasmi membuat aduan kepada KP LPP pada 29 Oktober 2019 yang meminta beliau menjalankan siasatan terperinci berhubungan dakwaan tersebut.

“Dakwaan bahawa Menteri MOA telah melantik AJP dan seterusnya orang yang sama dilantik menjadi Pegawai Pembangunan Peladang (PPP) di NAFAS, adakah ianya dibolehkan mengikut peraturan?

“Pelantikan mereka didakwa menjalankan tugas di negeri-negeri yang difahamkan telah ada Pegawai Nafas. Apakah bidang tugas mereka? Begitu juga dari segi implikasi kewangan ?

Surat aduan rasmi daripada Datuk Abd Lateh dan Surat Pengurus Besar NAFAS memaklumkan menangguhan pembayaran dividen.

“Kita dimaklumkan sekarang ini kewangan NAFAS tenat sehingga diberitahu bonus dan dividen tidak dapat dibayar,  walaupun telah diputus dalam Mesyuarat Agong.

“Kalau pendaftar boleh mengambil tindakan atas perkara lain,  kenapa ini tidak boleh mengambil tindakan atas perkara ini”, katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd Lateh berkata, NAFAS telah menghantar Notis menangguhkan bayaran dividen kepada ahli walaupun telah diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) tanpa bantahan daripada pendaftar dan perwakilan.

Katanya, Pengurus Besar NAFAS telah menghantar surat memaklumkan penangguhan bayaran itu disebabkan masalah kewangan.

“Tetapi dalam masa yang sama,  berbagai kegiatan dan aktiviti terus dijalankan oleh NAFAS. Ini telah menimbulkan tanda tanya di peringkat ahli. ”

“Untuk menjelaskan semua ini, diminta KP LPP dapat menjalankan siasatan secara terperinci dan dimaklumkan secara rasmi kepada ahli yang mengsyaki NAFAS telah menyalahguna dengan sewenangnya wang mereka”, tegasnya.

Abd Lateh berkata, sekiranya dakwaan PPK dan PPN itu terbukti benar, maka itu merupakan perbuatan yang sangat rakus dan kejam kerana sanggup berbelanja untuk kepentingan Parti Amanah menggunakan dana NAFAS, tetapi dividen PP dan hak staf dinafikan.

Beliau mempersoalkan, sama ada sah keputusan menangguh bayaran dividen itu dengan hanya keputusan dibuat di peringkat Mesyuarat AJP, sedangkan kelulusan pembahagian keuntungan  dibuat dalam MAT NAFAS. Dalam sistem PP, MAT adalah kuasa tertinggi jika setakat mesyuarat AJP tidak boleh mengatasi MAT tapi MAT boleh mengatasi mesyuarat AJP.

“Pendaftar sudah dibuat dalam AGM NAFAS 2017 . Perkara itu berlaku membuktikan Pengurus Besar  tidak tahu peraturan dan AJP sekarang ini juga tidak tahu konsep PP”, tegasnya.

Menurutnya, Menteri MOA juga telah berjanji dihadapan ahli peladang semasa perasmian benih padi di PPK Guar Cempedak, Kedah bahawa beliau akan memberi balik bantuan subsidi kepada pesawah seperti yang diperuntukan pada tahun 20l8 walaupun kerajaan terpaksa berhutang.

“lni menyebabkan pesawah-pesawah ternanti-nanti sehingga sekarang. Masalahnya apa yang berlaku sekarang dianggap semuanya berpunca daripada tiada peruntukkan tambahan dari kementerian”, tegasnya.-pr/BNN