PPK Kota Marudu sokong kenyataan Tan Sri Wences Anggang

0
104
Datuk George Sangkin

KOTA MARUDU: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Marudu menyokong kenyataan Tan Sri Wences Anggang yang memohon agar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mendengar rintihan ahli-ahli peladang di negara ini.

Pengerusinya Datuk George Sangkin berkata, kenyataan itu amat berasas dan dialu-alukan oleh ahli-ahli peladang.

“Ahli-ahli peladang merayu dan sangat-sangat berharap Menteri MOA, Dato Salahuddin Ayub akan mendengar dan melihat masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka terutama melibatkan Pertubuhan Peladang.

“Kalau bukan Menteri MOA, siapa lagi tempat bergantung harapan oleh para peladang di negara ini” , katanya.

Biliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Wences pada Selasa.

Wences berkata, Salahuddin perlu melihat rintihan-rintihan yang dibangkit ahli-ahli peladang terutama oleh PPK dan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN).

Selaku pemimpin lama dalam PP, beliau berharap rintihan dan masalah yang dibangkitkan oleh PPN dan PPK dapat diselesaikan dengan baik dan harmoni.

“Menteri MOA mempunyai kuasa untuk membantu dan menyelesaikan masalah dan isu-isu yang telah diketengahkan oleh ahli-ahli peladang di negara ini.

“Selaku Menteri yang menjaga hal ehwal pertanian dan asas tani, nasib dan masa depan ahli-ahli peladang dan petani di negara ini terletak di tangan beliau”, kata bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu.

George juga menyokong kenyataan daripada pemimpin ppk terdahulu berhubung kemelut PP ini.

George berkata, hubungan diantara MOA, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan PP perlu dieratkan lagi agar masalah dan nasib ahli-ahli peladang terbela.-pr/BNN