Raime ikrar sokongan, pastikan BN menang di Tenom

0
207
TENOM: Mantan Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggie pada Khamis
menyatakan secara terbuka sokongan kepada semua calon Barisan Nasional
(BN) di kawasan Tenom dalam PRU14 ini.
Beliau yang juga Presiden Kehormat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
Tenom menzahirkan sokongan itu pada program Muafakat Peladang di sini,
yang dihadiri Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) Datuk
Mohd Nazri Abdullah.
Sehubungan itu, Raime komited memberikan sokongan dan membantu calon
BN untuk memastikan kemenangan pada kali ini.
Katanya, perjuangan parti dan kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaannya.
“Yang penting adalah kemenangan BN supaya parti dapat meneruskan
agenda pembangunan yang dirancangkan,” katanya.
Dalam pilihan raya kali ini, kerusi Parlimen Tenom ditandingi oleh
Ketua UMNO Bahagian Tenom Datuk Rubin Balang.-pr/BNN